Tuesday, May 17, 2016

SINOPSIS BAB 6-8 DARAH TITIK DI SEMANTAN

SINOPSIS BAB 6-8 DARAH TITIK DI SEMANTAN

 Bab 6
 Kedatangan Mat Kilau Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan Samad beredar ke pekarangan masjid. Zahid ternampak ada orang asing yang datang. Orang itu ialah Mat Kilau. Mat Kilau bersalaman dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford,sultan dan orang -orang besar di Pulau Tawar. Banyak perkara tentang Datuk Bahaman dibincangkan dalam mesyuarat itu. Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan kerjasama kepadanya sewaktu dia membina rumah pasung. Owen pula berkata Datuk Bahaman menghalang orangnya membuat bancian. Rodger pula mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada Residen Selangor meminta Semantan ini di masukkan di bawah pemerintahan Selangor. Perkara paling menyedihkan apabila Clifford meminta sultan menitahkan Datuk Bahaman telah menderhaka.Jika sultan tidak mahu mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka,Inggeris menganggap bahawa sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Sultan boleh dibuang daerah ke lautan hindi. Sultan terpaksa bersetuju lalu menandatangani perisytiharan itu yang berbunyi Datuk Bahaman telah derhaka. Oleh itu segala gelaran datuk yang telah dianugerahi sultan telah ditarik semula.Datuk Bahaman tidak berkuasa lagi di Semantan. Datuk Bahaman memberitahu orang di Semantan bahawa pangkat tidak penting baginya. Inggeris telah mencabarnya. Inggeris telah memisahkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu. Dengan demikian senang mereka mengalahkan bangsa Melayu. Menurut Datuk Bahaman lagi,semasa di Johor dahulu Gaabenor Singapura telah menawarkan wang berjumlah 500 ringgit sebulan kepadanya jika beliau tidak memihak kepada rakyat.Namun Datuk Bahaman menolak.

Bab 7
Retak Menanti Belah Zahid dan Awang Muhammad mengawal di kubu Lubuk Sengarat. Rahman membantu Pak Cik Hassan Tahmid di rumah Datuk Bahaman kemudian datang Imam Perang Weh bersama Datuk Panglima Raja. Lajis pula tiba membawa berita bahawa Ismail, Pak Long Abas dan Samad ditangkap Desborough dekat Batu Hampar. Datuk Bahaman mengajak mereka ke hilir Kuala Semantan untuk membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long Abas, dan Samad. Mereka tiba di Kuala Semantan lewat tengah malam. Datuk Bahaman membacakan sesuatu. Dua orang pengawal yang sedang berkawal tertidur lena. Pak Uda Ismail,Pak Long Abas, dan Samad berjaya diselamatkan. Perang sebenar semakin hampir kata Datuk Bahaman. Inggeris pasti akan datang dalam tempoh yang singkat untuk menangkapnya. Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman berpendapat bahawa peperangan perlu dielakkab buat masa itu. Datuk Bahaman juga menyampaikan titah sultan yang berharap agar barisan mereka sangat kuat sebelum berperang.

 Bab 8
 Darah Titik di Semantan Tengah hari itu, Rahman dan Awang Muhammad sedang mengawal kubu. Zahid dan Samad meronda di hujung kampung. Kamudian mereka ke bengkel membuat senapang. Setelah wang dihantar,barulah besi laras senapang akan dihantar daripada Singapura. Tiba-tiba Long Abas berlari menuju ke sebelah hulu dengan pakaian basah kuyup.Kelihatan Pak Long Abas terlentang di tangga rumah Datuk Bahaman.Samad mengejar ayahnya. Mereka berlari ke arah rumah Datuk Bahaman. Pak Long Abas tersedar setelah Datuk Bahaman memercikkan air sejuk ke mukanya. Pak Long Abas menceritakan kejadian pagi tadi apabila rakit mereka ditahan oleh Desborough. Desborough kenal Pak Long Abas kerana dia pernah ditangkap suatu ketika dahulu oleh Desborough. Desborough menyatakan bahawa Datuk Bahaman mesti ditangkap. Selepas itu,Pak Long Abas terjun ke dalam air dan terus menyelam untuk menyelamatkar diri. Dia tidak mengetahui tentang nasib Ismail. Desborough tetap mengatakan Datuk Bahaman derhaka kerana tidak mahu mengikut perintah Inggeris. Kini, Datuk Bahaman tidak peduli lagi kepada siapa-siapa. Datuk Bahaman akan menentang Inggeris. Kata Datuk Bahaman, sekiranya benar Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan. Kali ini giliran darah Desborough pula menitik. Datuk Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk menentang Inggeris.

2 comments: