Monday, September 2, 2019

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL HEMPASAN OMBAK



TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1) Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya.

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara.

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.

5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.










29 comments:

  1. i also think so lah...i hope they will check it again before other people do wrong information

    ReplyDelete
  2. cikgu apakah cabaran yang dihadapi oleh Farid

    ReplyDelete
  3. Is it true information? I'm sorry,I just asked :D

    ReplyDelete
  4. Eh bosku salah lah ni bro

    ReplyDelete
  5. eh chekgu u betul2 chekgu kah mcm u bagi info ni salah je. tipu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lor mcm dia mou main2 je. Info ni betul kepala hotak dia lah.

      Delete
    2. mcm orang giler yg type ni info woiiii

      Delete
    3. Otak sudah bodoh muka lagi hodoh

      Delete
    4. Cakap tu elok sikit lh

      Delete
  6. Goodluck exam gaiss

    ReplyDelete
  7. Fighting for exam gais

    ReplyDelete
  8. Semangat untuk exam gaisss

    ReplyDelete
  9. Ambatuuburstttttt

    ReplyDelete
  10. c anu was here


    btw hi🤬

    ReplyDelete
  11. Cayo exam sik lamak gik ya

    ReplyDelete
  12. Hai. Info ni betul sdh kah?

    ReplyDelete