Contoh 1
TAJUK FORUM: ROKOK – SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH
Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik
kita pada hari ini ”ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah”. Bersama saya adalah 3
orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana
nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat
kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan
saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya
ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama).
Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh ,
soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di
dalam rokok?
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok
yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai
satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif
(polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci
lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun
anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di
"kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak
lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon
Monoksida.
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi
panel pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di
dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel
kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?
Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi
penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin,
amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan.
Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan
merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon
Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos
kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya
menjadi terencat.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang
lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap
diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang
terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan
apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang
sekeliling?
Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam
majlis forum ini, antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling
ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran
pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada
tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat
ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan
kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai
perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling.
Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif berkali ganda
lebih daripada perokok.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada
perokok dan orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali
kepada panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu
sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.
Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan
wang lebih kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan
perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan wang
mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah
seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap rokok
meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigi berwarna kekuningan,
manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial.
Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak
boleh diubati melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan
tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok?
Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul
Untuk Berhenti Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
Anda juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok".
Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan
tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu
mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting
adalah melawan keinginan untuk merokok.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudari panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa
ini bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor
terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan
tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak
tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu
tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga
sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah
akan berkesan pada jiwa mereka.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan
tentang kaedah berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya
tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa
jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan
kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah
berhenti merokok.
Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan
hidup lebih lama selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita
juga dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya
merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih
dan nafas lebih segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan
menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan
bermanfaat.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita
kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama
menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu
dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga
orang lain. ”pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan
jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi
tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan
membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.
TAJUK FORUM : MENDISIPLINKAN PELAJAR: TANGGUNGJAWAB SIAPA?
Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin,
wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa
sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih
Sayang dan Salam 1 Malaysia.
Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia
daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama
saya ________________________ pada pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli
panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan
semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar
jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini
Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum
yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan
akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari
kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu
dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan
panel-panel kita pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari
_______________________ yang merupakan __________________________ Apa khabar
saudari?
Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.
Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara.
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa
rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat,
kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya
hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan
sudah semestinya membawa kepada persoalan yang berkait dengan kawalan individu,
pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah yang penting dalam
menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di
tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan
disiplin. Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya tanggungjawab yang digalas oleh
semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada murid itu sendiri,
guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat
umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah
asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan
aspirasi negara. Amanah yang dipikul dengan baik adalah tunjang kepada kawalan
sosial yang baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga masyarakat di luar sana
menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkara yang sangat negatif
iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya ia
merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup bertamadun
manusia. Contohnya orang Jepun yang membangunkan negara mereka setelah menjadi
padang jarak padang tekukur dan kini merupakan negara moden seperti sekelip
mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab dan disiplin yang
hebat.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep
yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa,
disiplin dan tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu
tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab, disiplin
tidak akan dapat dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya
kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar
agar kecemerlangan secara holistik dapat dicapai?
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari
ini. Bismillah.. Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah
dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar
peraturan yang ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan
dalam memastikan permasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu
bapa. Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang
erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para
pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini
amat penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin
anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan
ibu bapa mengambil remeh tentang masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah,
golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan terbiar sehingga menyebabkan
mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian seperti
melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya yang mana
hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah. Oleh
itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah perlu mengadakan hubungan yang baik
supaya segala masalah yang berkaitan dengan pelajar dapat diselesaikan “sebelum
nasi menjadi bubur”.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas
sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat
banyak asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan untuk mengawal masalah
disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang
konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya
tentang asas-asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel
ketiga tentang persoalan ‘Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu
siapa’? Dipersilakan..
Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput
saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum
sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar
sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa.
Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun
yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30
tahun berulangkali secara bergilir-gilir telah disiarkan di Buletin 1.30.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Dengar-dengarkan pantun ini :
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara
yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang
atau sia-sia begitu sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir
hayat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap
Muslim.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui pembacaan,
penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling
utama menuntut ilmu daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu yang
digelar guru. Konsep guru merujuk kepada seseorang yang mengajar dan mendidik
sama ada untuk mencapai kejayaan akademik atau kemuliaan akhlak. Guru ada di
mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru yang paling baik buat anak-anaknya.
Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adik-adiknya.
Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan
dalam kelompok sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam
kehidupannya. Guru dalam konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling
mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri
dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku dalam hidup dengan
penerimaan yang baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media
massa dan semua yang terlibat adalah bertanggungjawab dalam pembentukan
disiplin iaitu pendisiplinan pelajar. Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW
tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik pada Allah SWT dan sebaliknya
jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT.
Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga.
Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi
mendisiplinkan atau memantapkan akhlak pelajar pada masa kini bak kata pepatah
“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.. Tetapi saya ingin bertanya secara
ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang
sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di
sekolah? Saya persilakan panel kita yang pertama dahulu untuk memberikan
sedikit ulasan.
Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan.
Pada pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam
mendisiplinkan pelajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat
penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Hal
ini disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Di samping itu, golongan ibu bapa mempunyai
tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak mereka sejak berada di dalam
kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, menunjukkan keperibadian yang mulia,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Justeru, Ibu bapa
hendaklah menjadi “role model” kepada anak agar anak-anak tidak kehilangan arah
dan menjadi insan yang berilmu dan beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah
seantero dunia, insya-Allah.
Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel
kita sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh
golongan ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak remaja kita menjadi insan
yang berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita perdengarkan pula
pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas tentang siapakah yang
menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?
Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah
bicaranya. Pada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam
mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini disebabkan,
dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh
dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling
kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan
perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh
itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja
lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan
syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, adalah disarankan
supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama
kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Insya-Allah, sekiranya
ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya dalam menangani masalah disiplin
pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah disiplin ini akan dapat diatasi.
Wallahu’alam.
Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua
kita sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga,
masih berlegar dalam persoalan yang sama iaitu pihak manakah yang memegang
tanggungjawab yang berat dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan pdelajar
di sekolah kita pada haroi ini?
Panel Ketiga: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif
menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini,
cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang berbunyi:
Jika hari ini siapa saja perosak bangsa;
Bermula dengan kegagalan guru kita
Cuai mengasuh generasi muda
Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak
terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa
lantaran dikatakan gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa.
Namun itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu
atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza.
Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa ‘dewasanya seseorang itu adalah
dimulakan oleh seorang guru biasa’, namun kini masyarakat lebih mudah
menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak ‘menjadi’.
Menyedari tentang keretakan hubungan yang berlaku antara ibu bapa dan guru
pada hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk
mengembalikan kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru
khasnya. Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar masalah
disiplin pelajar di sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan
membimbangkan semua pihak. Justeru pihak yang paling menggalas beban berat
untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah adalah golongan ibu bapa,
guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusnya melakukan
anjakan paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima kelemahan anak-anak
mereka dan bersangka baik dengan guru-guru di sekolah.
Sekiranya hal ini dapat diwujudkan, insya-Allah, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar akan dapat diatasi bak kata kerana hanya dengan bekerjasama
akan dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita
kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang
kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama
menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).
Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah
suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai
tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah.
Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita
renung-renungkan sejenak....
Lautan Itu Dunia,
Bahtera Itu Kita,
Kemudi Itu Agama,
Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap
pantun yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon
dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta,
dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
TAJUK FORUM: MELESTARI ALAM SEKITAR
Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai
projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar
alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara
kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju
dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati
mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu
perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar
Daerah Johor Bahru sempena kempen “Sayangi Bumi Kita”
Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir
Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada semua yang ada di sini. Semoga
kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T.
Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara,
Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk
bersama-sama membantu kerajaan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar
tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini
amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang
terlalu kotor.
Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan
bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara
langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad
Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah
Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat
antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan
Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula,
Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam
Sekitar, Putrajaya.
Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti
ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak
pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita
dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini. Silakan Doktor.
Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan
tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu
maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan
alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya
bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan
mendatangkan mudarat apabila digunakan.
Antara punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi
kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi
.Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang
berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan
oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada
sengaja atau tidak sengaja . Antaranya ialah pencemaran udara. Contohnya,
gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan,
jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran
air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan
sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya, pemusnahan hutan akibat
pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di
Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya
;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara
keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar
pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya ialah pencemaran laut;
lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti
manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . dapatan ini
berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang
Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac),
DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang
mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu
balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing
. Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM
1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang
melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah
mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh
tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa
bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya
tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang
bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia
sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni
tidak lagi menjadi pegangan . yang menyedihkan semua penduduk dunia merasai
kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir
manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan
permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.
Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk
pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan
menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang
akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari
ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut
taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius
secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh
membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur
yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu
sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak
terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .
Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang
berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam
air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan
penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada
yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah
membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya dikenali
sebagai penyakit Minamata .
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia
bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan pencemaran
yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada
tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak
berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam
kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan
tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang pembiakan makanan laut .
dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh
dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kesan
penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara
pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah
sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa
langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput
Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang dan
akan diambil oleh kementeriaannya.
Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut
Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah
tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.
Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai
menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif
selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli
(natural gas) dan Propana.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada
tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains
telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan
pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini
masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia
patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah
mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia
melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka
. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal
Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama
serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan
satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang
tertumpah di perairan Malaysia .
Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
kita bagi menangani isu ini.
Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita
pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini
memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran
sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya
kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita
jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita. Assalamualaikum.
Contoh 4
TAJUK FORUM : WARISAN BANGSA
Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia
berada di hadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah
sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula
kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir
sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya
penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?
Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah
dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri
Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Afiq
Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Radin Syamel.
Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai
sekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah
Datuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?
Datuk Radin Syamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut
budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang
diamalkan oleh segolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu,
terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapati
mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golongan
lelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’. Dalam kalangan kaum Hindu sendiri
terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalam kaum India
seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya Cina pula, kita
rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina ala-Hokkien, ada
makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan.
Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada
peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang
dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang
terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan Sultan
Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina
semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar
ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan seni bina Melayu
pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah
dijajah oleh suatu kuasa asing.
Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.
Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah
takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa
merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka,
kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingan-kepentingan
mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.
Datuk Seri Atiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara
pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati
diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan
bahasa ibunda. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi,
warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya
ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk
jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan
meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara
maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara
tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada
masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan
negara industri robotik paling canggih di dunia.
Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua
negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan
kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata untuk
mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk dimanfaatkan. Perlu
diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan
budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu dimartabatkan dengan
bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa
ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat
patriotiknya.
Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan
bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda. Jika
kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan
nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi
cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu berterusan menjadi
amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia
tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang yang positif. Saya
rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai negara maju
beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya negara lain. Maka, untuk
merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan bangsa kita kekal
menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.
Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi.
Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada
golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa ini
seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya. Untuk
melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq Agos untuk
memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.
Dato’Afiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus
pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika,
kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif ,
proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan
sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh
dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka.
Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilai-nilai
hidup dalam masyarakat.
Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang berupaya
mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara maju iaitu
Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang
sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat negara ini
sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat bergelar
masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga kita lihat
pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Malah, dalam masyarakat
Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam
sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru
Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti
bangsa Cina selain bahasa ibunda.
Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya
penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan
nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir
membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat
masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan India.
Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan pengetahuan ini dalam
minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air Keroh , Melaka.
Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa bentuk rumah-rumah tradisional
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Saudara
pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini.
Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada
ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa,
warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha
dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan
masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah Datin Seri
Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agar batik dan
songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri
Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja keras mempopularkan makanan
kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di bawah
pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di
hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih
kerajaan Melaka mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Banda Hilir ,
Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah
negara kita. Semangat cinta akan negara sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa
setiap generasi apabila melihat kesan-kesan peninggalan penjajah. Oleh itu,
mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa
yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.
Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualai’kum.
Sehingga jumpa lagi.
Contoh 5
TAJUK FORUM : INTERNET – BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum
Remaja. Topik kita pada hari ini ”INTERNET – baik buruknya Internet dalam
kalangan pelajar”. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing
lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya
para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita
pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (NurMaizatul
Akmam Matusin). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu
berbaju kurung saudari (Halimaton Nadzirah Rahman). Selamat datang saudari. Dan
di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Najwa Mahmood).
Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh ,
soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh
remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini?
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud
penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn internet pada
msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari pekerjaan. Walau
bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau
sahabat-sahabat yang jauh di perantauan .
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi
panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan
perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan
saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan perhubungan tersebut dengan
menggunakn internet?
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.
Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan
perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di
dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut. Seperti emel ,
facebook , myspace dan sebagainya . walaubagaimanapun , tidak ke semuanya
menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai
satu benda yang buruk.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang
lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk di
gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita
bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata panel
ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh
digunakan untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan saudari.
Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam
majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba
ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan
tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang
hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan,
tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak
masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak
bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari
pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu
tidak di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu
kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya
dengan benda yang bermanfaat.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga
menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja
mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara
kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang kita
beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya kembali kepada
panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan
internet?
Panel Pertama: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang ada.
Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk
menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan
melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi yang tidak
mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Mereka
berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-bagai cara.
Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini
menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu.
Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan
oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda
dapati melalui laman web.
Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai
keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang
berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain penipuan
yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang
kedua . silakan .
Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang
terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan
pornografi. Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan
laman web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui
isi kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet
juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga
setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran
mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya
setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang berunsurkan
pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa menggunakan
internet.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudari panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang
lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu
kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan
unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anak-anak mereka dengan
lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh menterhadkan
penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang kemasukan untuk laman
web yang berunsurkan benda negetif.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan
tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu
apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan
internet . silakan saudari .
Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang
diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu
banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan
setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah banyak
lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus
berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda
negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan
penggunaan yang baik.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita
kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama
menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya pengguaan internet
bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam
kandungan isi internet . ”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ”
fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya
selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan
pemangkin negara! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.
TEKS FORUM: BAHASA DAN SASTERA
MELAYU DI PERSADA ANTARABANGSA : MAMPUKAH MENJADI REALITI ATAU SEKADAR ILUSI?
PENGERUSI
:
AHLI PANEL PERTAMA :
AHLI PANEL KEDUA :
AHLI PANEL KETIGA :
PEMBICARA
|
SKRIP
|
PENGERUSI
|
Percubaan Pertama: Bahasa Melayu bahasa Ibunda , bahasa
bercanda, bahasa berseloka
|
AHLI PANEL 1
|
Percubaan kedua: Bahasa Melayu , bahasa perpaduan,ketepikan perbezaan
|
AHLI PANEL 2
|
Percubaan ketiga : Bahasa Melayu bahasa nusantara. Mari kita
martabatkannya
|
AHLI PANEL 3
|
Percubaan keempat : Bahasa Melayu bahasa ilmu, Ayuh kita bawa ke
pentas dunia.
|
SEMUA
|
BAHASA MELAYU BAHASA PERKASA, MARI MELANGKAH KE PERSADA
ANTARANGSA
|
Pengerusi
|
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi teraju kebenaran,
Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melolontarkan idea.
Sidang hadirin yang dihormati
Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam forum Satu Malaysia,
Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah
Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja peringkat Daerah
Klang pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini. Saya
…………………………………..akan bersama-sama warga dewan sekalian untuk
mempengerusikan forum remaja kita pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita
yang segak-segak lagi tampan bergaya, izinkan saya untuk mengupas
terlebih dahulu mauduk bual bicara forum remaja kita pada
hari ini.
Mauduk forum kita berkisar tema
Bahasa dan sastera iaitu Bahasa dan Sastera Melayu di Persada
Antarabangsa, Mampukah menjadi reality atau sekadar ilusi ?.
Dunia marcapada menyaksikan kesan globalisasi di
seluruh dunia mewujudkan fenomena bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa
antarabangsa kerana luasnya npenggunaaan bahasa tersebut di peringkat global.
walhal , Bahasa Melayu juga mempunyai kekuatan untuk menjadi bahasa
antarabangsa.
Memetik kata-kata Perdana menteri Malaysia Datok Sri Najib Tun
Abdul Razak ketika merasmikan persidangan antarabangsa pengajian
melayu 2014 di Pusat Pengajian Bahasa Asing Universiti, Beijing ,
China
“Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kelima
terbesar di Dunia dengan jumlah penutur jatinya seramai 300 juta orang”.
Menurut tokoh bahasa tersohor China Prof Wong Zung yu bahasa melayu
yang telah diperkenalkan dan dipelajari di china sejak Zaman Dinasti
Ming telah menarik ramai orang dari seluruh dunia untuk mempelajarinya”
Tak tumbuh tak melata
Jika tak sungguh, kami tak kata
Prospek cerah Bahasa Melayu menjadi bahasa
antarabangsa turut diakui oleh Datuk profesor Dr Hasan Ahmad ,
mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam makalahnya bertajuk “bahasa
Melayu , bahasa Antarabangsa ‘. Beliau menjelaskan ciri-ciri Bahasa
Melayu sebagai bahasa antarabangsa seperti yang berikut;.
Yang pertama; bahasa Melayu mempunyai penutur
jati yang tamai iaitu sekitar 300 juta
Yang kedua; bahasa Melayu telah menjadi bahasa
rasmi dibeberapa buah begara iritu Malaysia, Indonesia dan Brunei
Yang ketiga status dan
pentingnya bahasa Melayu menjadi alat komunikasi merentas
sempadan
Yang keempat: Negara pengguna bahasa yang
telah mencapai kemajuan.
Dayung sudah ada di tangan, perahu sudah berada
di air , jjelas, Keempat-empat kriteria ini sudah dimiliki bahasa Melayu,
namun pelbagai prakarsa ampuh perlu dilaksanakan demi mencapai matlamat
pengantarabangsaan bahasa Melayu.
Terlalu asyik saya berbicara tentang masa depan Bahasa Melayu sehingga
terlupa memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang kacak-kacak belaka serta
sungguh bergaya pada hari ini.
Baiklah sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi
menelusuri lebih mendalam topik perbincangan , molek kiranya kita
berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari
ini.
Di sebelah kanan saya,
saudara............................................yang merupakan ahli panel
yang pertama, tampan dan murah dengan senyuman selamat datang
saudara……………………………, apa khabar saudara?
|
Ahli panel 1
|
Terima kasih saudara pengerusi,saudara ……………Alhamdulillah, khabar
baik. Saudara bagaimana ?
|
Pengerusi
|
Alhamdulillah, saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup
bersemangat untuk berbicara tntang bahasa Melayu di persada antarabangsa.
Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, Nampak yakin dan
tenang berada di sebelah kiri saya iaitu
saudara.....................................................,
selamat datang saudara………………………
.Apa khabar saudara ?
|
Ahli panel 2
|
Alhamdulillah ,sihat sejahtera saudara pengerusi. Datang ke sini
dengan semangat yang membara seperti saudara juga.
|
Pengerusi
|
Ya , sudah pasti saudara…………., topik bual bicara kita pada hari memang
menarik menjadikan kita sunggul terpanggil untuk membincangkannya.
Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah
ahli panel kita yang ketiga iaitu
saudara.......................................................... kacak
bergaya orangnya. Walaupun Nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa
khabar saudara?
|
Ahli Panel 3
|
Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya
berada di sini bersama-sama saudara dan para hadirin. Salam forum buat
semua.
|
Pengerusi
|
Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada
topik forum kita iaitu Bahasa dan Sastera Melayu
di Persada Antarabangsa Mampukah menjadi realiti atau sekadar ilusi ?.
Sidang hadirin yang dihormati
Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati
Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan
soalan pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama.
Saudara....................................... , mohon saudara
memberikan penjelasan tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa dan sastera
Melayu yang menjadi tunjang kekuatan untuk melangkah ke persada antarabangsa
.
|
Ahli Panel Pertama
|
Terima kasih saudara pengerusi,saudara………………………………….
Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati.
Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh
saudara pengerusi tentang keistimewaan Bahasa dan Sastera Melayu . Apakah
sebenarnya kekuatan bahasa dan sastera Melayu sehingga kita berani
berbicara tentang usaha-usaha memperkasakan bahasa dan sastera orang kita
hingga ke persada antarabangsa.
Bermimpikah kita? Apakah istimewanya bahasa Melayu berbanding
bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. ?
Saudara Pengerusi , ahli panel dan Sidang hadirin
Kita tidak bermimpi di siang hari
kerana bahasa Melayu sebenarnya sudah sekian lama menjadi bahasa antarabangsa
.Bahasa Melayu sudah menjadi linqua franca daerah kepulauan Melayu
atau nusantara , zaman berzaman sejak abad ke 7 lagi .
Bahasa melayu menjadi bahasa pentadbiran rasmi kerajaan Sriwijaya, kerajaan
Melayu yang besar serta luas jajahan takluknya(meliputi Sumatera Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan sri Lanka, maka bahasa
Melayu juga turut disebarkan ke jajahan takluknya
Bahasa Melayu mengalami zaman kegemilangan dan
diangkat menjadi bahasa yang penting pada abad ke-12 atau abad ke-13 apabila
Islam bertapak di Kepulauan Melayu. Penggunaannya semakin semarak
dengan kemunculan Kerajaan Melayu Melaka yang terkenal sama ada di
Timur atau di Barat.
Seiring dengan perkembangan Bahasa, kegiatan sastera juga
berkembang pesat. Banyak buku terjemahan yang diterbitkan seperti Darul
Mazlum, selain karya saduran atau tulisan asal seperti Sejarah Melayu
atau Sulalatus Salatin, Bustanus salatin, Hukum Kanun Melaka, undang-undang,
Undang-Undang Laut Melaka,Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan
Budiman.
Antara karya zaman tersebut ialah, Sejarah Melayu yang merupakan
sastera sejarah menggambarkan keagungan Kesultanan Melaka serta
meletakkan imej bahasa Melayu di mercu yang amat tinggi.
Selepas zaman Melaka, bahasa Melayu turut tersebar ke seluruh dunia.
Pada tahun 1521, Pigafetta seorang kelasi bangsa Itali dalam pelayarannya
bersama-sama Magellan telah singgah di Pulau Tidore dan menyusun satu
daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang di Pelabuhan
tersebut. Inilah daftar kata Melayu-Eropah(Italy) yang tertua kita
ketahui. Pulau Tidore merupakan lokasi yang agak jauh dari kepulauan
Melayu dan sekaligus menunjukkan betapa jauhnya bahasa Melayu tersebar.
Sidang hadirin yang dihormati
Keindahan bahasa Melayu dan nilai estetika sastera Melayu turut
menarik minat orientalis Barat. Pada zaman praperang dunia kedua, bahasa
Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelima-lima buah negeri
Melayu tidak bersekutu, manakala di Negeri Melayu Bersekutu, bahasa Melayu
masih digunakan di beberapa jabatan seperti di pejabat polis yang melibatkan
pegawai dan kaki tangan berbilang bangsa. Pegawai-pegawai Eropah yang
bertugas di Tanah Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan wajib
lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum mereka disahkan
jawatan. Sebahagian mereka terus menaruh minat terhadap bahasa
Melayu sehingga ada yang terkenal sebagai sarjana bahasa Melayu. Antara
nama yang sering disebut-sebut ialah R.O Winsdtedt, J.R Wilkinson, CC Brown,
W.E Maxwell, W.Marden, W.G Shellabear dan J Crawfurd.
Jelaslah di sini Bahasa Melayu mendapat tempat di persada antarabangsa
sejak sekian lama. Justeru, mengapakah kita bersifat prejudis terhadap bahasa
kita sendiri, ? sikap kita tak ubah peribahasa sudah dapat gading
bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Fikir-fikirlah sidang hadirin yang
dihormati. Jangan kita menang sorak namun kampong kita tergadai . Sebaiknya
kita terus mengorak langkah proaktif untuk memertabatkan bahasa di
tanah tmpah darah kita seterusnya memeperkasakannya di seantero dunia.
Terima kasih
Kembali semula kepada saudara pengerusi forum, saudara……………………………………………………..
|
Pengerusi Forum
|
Sidang hadirin,
Terima kasih saudara ahli panel pertama, saudara………………………[
Benar kata saudara tadi………………….kita harus berusaha tanpa kenal erti
jemu untuk menjadikan Bahasa dan Sastera Melayu diterima masyarakat antarabangsa.
Hindarkan daripada bersifat pesimistik kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya, kalau kita tidak berusaha , manakan kita mendapat
hasil manisnya.
Sungguh terkesan di hati saya apabila mendengar butir bicara tentang
istimewanya bahasa dan sastera Melayu berdasarkan fakta sejarah, Ternyata
bahasa dan sastera Melayu bukan sahaja menyentuh hati penutur
jati, malah dipelajari bangsa asing dan telah tersebar penggunaanya sehingga
ke Eropah .
………………………………………….
Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua,
saudara.......................................... tentang badan-badan yang
terlibat dengan proses perancangan, perkembangan dan pemerkasaan Bahasa
Melayu sehingga akhirnya matlamat kita untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai
bahasa wahana komunikasi di persada antarabangsa akan terlaksana.
|
Ahli panel kedua
|
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia.
Persoalan daripada saudara pengerusi tentang
tangan-tangan kekar yang terlibat dengan proses perancangan
,perkembangan dan pemerkasaan Bahasa Melayu mengingatkan saya terhadap
peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka pada mulanya dikenali sebagai
Balai Pustaka ,merupakan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan pada 22 Jun
tahun 1956 dengan tujuan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. DBP juga diberikan kuasa autonomi
untuk menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan
diberikan kuasa untuk menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan
buku yang serupa dengan sektor swasta.
Pelbagai aktiviti telah rancak dijalankan oleh DBP
untuk mengembangkan lagi potensi bahasa Melayu. Dasawarsa ini,
Bahasa Melayu menjadi alat perhubungan moden pada abad ke-20. Pelbagai bentuk
program dan aktiviti kebahasaan telah dilaksanakan seperti
penerbitan buku ilmiah dan karya sastera, kerjasama bahasa Malaysia dan
Indonesia, serta penerbitan kamus yang melibatkan
pembentukan kosa kata dan istilah .baharu dalam perbendaharaan kata bahasa.
Dalam mengukuhkan sinergi Bahasa Melayu agar
bertapak kukuh di tanah air sendiri sebelum disebarluaskan di
peringkat antarabangsa DBP telah mengadakan kolaboratif dengan agenda
kerajaan seperti Jabatan Perhidmatan Awam dalam melaksanakan kursus
kebahasaan untuk para penjawat awam. Kerjasama untuk melaksanakan pelbagai
program dengan pihak swasta dan syarikat Berkaitan Kerajaan iaitu GLC juga
telah dilaksanakan khususnya program yang memerlukan dana yang besar
yang memerlukan tajaan untuk mengurangkan kos.
Dalam memperkembangkan bahasa Melayu di persada antarabangsa ,
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) telah ditubuhkan pada bulan Julai
1997 untuk menjalankan aktiviti seperti penyelidikan bersama dengan pelbagai
agensi dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu di seluruh dunia.
Secara tamsilnya, kerjasama antara DBP dan Universiti Pendidikan Sultan
Idris(UPSI) dengan Universiti Prince Of Songkla di Thailand telah menunjukkan
jumlah peningkatan penggunaan Bahasa Melayu pelajar di luar
Negara.
Sidang hadirin yang dihormati.
Demikianlah antara prakarsa yang diimplementasikan
oleh Badan kerajaan yang yang terlibat secara langsung dalam proses
mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu . Usaha yang dilakukan secara
istiqamah ini menyuluh jalan buat kita menggerakkan usaha keluar
daripada kepompong dunia sendiri menerobos dunia sejagat yang lebih
luas.
Sekian, saya kembalikan kepada saudara pengerusi forum
Terima kasih.
|
Pengerusi
|
Terima kasih atas penjelasan yang panjang
lebar daripada saudara ahli panel kedua ,
saudara……………………….berhubung peranan badan yang
terlibat dengan proses perancangan, pengembangan dan pemerkasaan bahasa dan
Sastera Melayu
Saya bersetuju dengan pendapat ahli
panel kedua tadi. Siapalah yang dapat menafikan betapa bahasa dan
sastera Melayu pada hari ini telah mempunyai tempat di persada
antarabangsa dengan inisiatif dan komitmen Dewan Bahasa dan Pustaka .
Soalan saya yang seterusnya buat ahli panel ketiga mungkin agak
bertentangan dengan kupasan daripada ahli panel pertama dan kedua yang
membicarakan isu mekar dan berserinya bahasa Melayu mewarnai dunia
nusantara dan sarwajagat . Saya ingin bertanya kepada ahli panel ketiga,
saudara …………………………………….tentang permasalahan dan kekangan yang terpaksa
kita hadapi sehingga merencatkan usaha kita memartabatkan, memerkasakan
dan melestarikan bahasa Melayu , seterusnya , meletakkannya di
persada antarabangsa.
|
Ahli Panel ketiga
|
Terima kasih saudara pengerusi forum
Rakan Ahli panel dan hadirin yang dihormati.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Lautan mana yang tak bergelora
Hidup ini ada pasang surutnya
Ada kala kita berada di atas
Dan ada kala kita berada di bawah
Demikian halnya dengan Bahasa dan sastera Melayu.
Indah dan manis saat mengimbau mekarnya bahasa dan sastera kita,
Namun, pahit dan getir juga saat mengenang kuncupnya bahasa dan
sastera kita dimamah ancaman globalisasi sehingga mengikis jati diri anak
bangsa .
Isu tentang pendaulatan, pemerkasaan dan
pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
ilmu tidak pernah lekang dalam mewarnai isu-isu semasa. Bahasa Melayu dilihat
semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi. Walaupun kedudukan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tidak dapat
disangkal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun kerana telah
termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, namun dalam dunia
realiti abad ke-21 ini , Bahasa dan sastera Melayu
mengalami mengalami pelbagai cabaran
Antara cabaran perdana bahasa dan, sastera
Melayu ialah sikap masyarakat yang memandang rendah Melayu sebagai bahasa
kelas kedua sehingga sehingga malu bekomunikasi dalam bahasa Melayu.
Mereka beranggapan bahasa Melayu
ialah bahasa yang dituturkan oleh masyarakat kelas bawahan , lantas bahasa
Inggeris dianggap bahasa yang menggambarkan keelitan penuturnya. Maka cabaran
utama kita ialah menyuburkan jati diri masyarakat kita khususnya golongan
muda supaya menyedari fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan alat
komunikasi utama di bumi bertuah ini, manakala Bahasa inggeris mempunyai
fungsi khusus sebagai bahasa untuk mendapatkan intipati ilmu yang masih
belum kita jana dalam masyarakat dan tamadun Melayu.
Rentetan daripada pengaruh bahasa Inggeris yang
mula mendominasi komunikasi, wujudlah isu bahasa rojak.
Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita
tentulah merujuk bahasa bercampur aduk yang digunakan dalam tulisan dan juga
lisan. Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012 pada 11
Oktober 2012, Mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
Malaysia berkata, penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan
sesuatu bahasa. Kenyataan pemimpin nombor dua negara itu tidak harus
dipandang remeh. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi
barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga
merosakkan kekuatan bahasa Melayu.
Menurut Prof Teo keok seong, Pensyarah di
Universiti Malaya fenomena bahasa rojak ibarat sekerat belut , sekerat ular
yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia masa kini
merupakan suatu kes kehilangan bahasa yang berlaku
apabila rata-rata masyarakat tidak lagi fasih bertutur dalam bahasa
ibunda atau bahasa etnik
Dalam pada itu, peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa Ilmu juga turut mengalami turun naik dan pasang surutnya seiring
dengan pembangunan negara yang menyaksikan Malaysia berubah daripada
sebuah negara berasaskan pertanian dan perlombongan berkembang menjadi
negara perusahaan dan perindustrian. Dunia korporat menyaksikan Bahasa
Inggeris mendapat tempat yang meluas di firma-firma dan syarikat-syarikat
besar yang rata-rata menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan
rasmi syarikat. Hal ini menyebabkan Bahasa Inggeris mempunyai nilai komersial
yang tinggi sehingga ketakutan dan kegusaran timbul apabila anak-anak kita
dikatakan tidak dapat meguasai Bahasa Inggeris kerana kononnya Sistem
pendidikan Kebangsaan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah membantutkan usaha mempelajari
Bahasa Inggeris dengan berkesan.
Rentetan daripada
itu, tanpa menimbang tara usaha pemimpin terdahulu mendaulatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu melalui Laporan Razak pada tahun 1956,
Laporan Rahman Talib pada 1960 yang membawa kepada tergubalnya Akta
Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1961 dan diperteguh melalui Akta
Pendidikan 1996 , atas desakan pihak tertentu, fungsi bahasa
Melayu sebaga bahasa ilmu dikecilkan dengan Dasar Pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI.
Dasar ini dimulakan pada tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2014
setelah kerajaan menerima laporan daripada Kajian 53 pakar
bahasa yang merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian
berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong
dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran
terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik." Dalam erti kata lain
PPSMI tidak membantu murid menguasai bahasa inggeris, sebaliknya turut
menjejaskan penguasaan murid dalam mata pelajaran sains dan matematik dan
sekali gus menjejaskan penguasaan bahasa Melayu murid.murid. Lalu, dasar
tersebut digantikan dengan dasar MBMMBI
Jelaslah . pada hari ini Bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran
untuk mengekalkan fungsinya sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa
perpaduan dan bahasa ilmu, Selain itu, Bahasa melayu juga menerima ancaman
globalisasi sehingga wujudnya fenomena bahasa rojak dan pencemaran
bahasa.
Setakat ini sahaja sidang hadirin saya serahkan kembali saudara
pengerusi forum, saudara Tazrin. ,
|
Pengerusi Forum
|
Terima kasih kepada ahli panel ketiga , saudara………………………..yang telah
mengupas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu sama ada
dalam penggunaannya secara rasmi atau penggunaan dalam perhubungan
sosial. Sedih apabila memikirkan tentang nasib Bahasa Melayu yang bagai
melukut di tepi gantang,seolah-olah dianaktirikan oleh oleh anak
watannya sendiri.
Maka, selain membicarakan cabaran saya juga ingin meninjau lebih
lanjut pandangan ahli-ahli panel kita tentang prakarsa-prakakarsa yang boleh
dilaksanakan untuk mengatasi cabaran Bahasa Melayu terutama pada era
globalisasi ini.
Saya mulakan dengan soalan pertama buat ahli panel pertama iaitu
saudara…………………….tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk meletakkan Bahasa melayu pada kedudukan dan statusnya yang betul ,
sehingga akhirnya Bahasa Melayu dapat dinobatkan sebagai bahasa antarabangsa
|
Ahli Panel 1
|
Terima kasih kepada saudara pengerusi Forum, Saudara Tazrin
Taijo.
Menjawab persoalan saudara, kita harus mengakui kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.
Saya teringat pendapat ahli panel kedua saudara……………………..yang ada
menyebut peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mengembangkan bahasa dan
sastera Melayu, bukan begitu saudara………………………..?
|
Ahli Panel Kedua
|
Ya benar saudara..DBP sebagai badan berkanun kerajaan saya kira
telah memainkan peranannya untuk memperkembang dan memperluas penggunaan
bahasa Melayu terutama dari aspek penerbitan buku-buku dan majalah Bahasa
melayu.
|
Pengerusi Forum
|
Maksud saya, saudara ahli panel pertama mungkin boleh membicarakan
tentang kerajaan yang telah meletakkan bahasa Melayu di sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan paling penting bahasa wahana pemikiran
tinggi dalam masyarakat berilmu di Negara kita.
|
Ahli panel pertama
|
Baiklah saudara pengerusi,
Saya teruskan kupasan berhubung peranan kerajaan ,
Ahli panel dan Sidang hadirin yang dihormati,
Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960 Yang telah dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961. dengan jelas menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan.
.
Dasar Pelajaran Kebangsaan
telah melahirkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam
bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki
pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan
sehingga berupaya memperkatakan apa-apa sahaja bidang yang wujud dalam
kehidupan rakyat Malaysia .
Seterusnya
melalui Akta bahasa Kebangsaan 1967, Bahasa Melayu
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Pengiktirafan ini termaktub di dalam
Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara 152:-
.
Dasar bahasa
kebangsaan telah meletakkan Bahasa melayu menjadi bahasa Melayu tinggi.
Professor Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Malaya mengatakan bahawa,
perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara telah tiba
di kemuncaknya apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan sehingga ke universiti.
Penubunan
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 sebagai university yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam semua
pengajian juga merupakan antara inisiatif kerajaan dalam memartabatkan
bahasa Melayu. UKM ternyata telah melahirkan ramai graduan
daripada pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.
Demikianlah apabila
Bahasa Melayu sudah dimartabatkan di negara sendiri,dijunjung tinggi oleh
bangsa dan rakyatnya sendiri, maka barulah kita yakin untuk melangkah membawa
bahasa Melayu ke persada antarabangsa
Sekian sahaja daripada saya tentang peranan
kerajaan dalam memastikan bahasa Melayu. Kembali kepada Saudara Pengerusi
Forum
|
Pengerusi Forum
|
Terima kasih saudara…………………………sungguh besar peranan yang dimainkan
oleh pihak kerajaan ya saudara…………………….
Ternyata Dasar Bahasa kebangsaan telah berjaya meletakkan bahasa
Melayu ke tempatnya. Sehingga kita dapat menggunakan bahasa Melayu dengan
sepolos hati dalam medan bual bicara ini. Tak begitu ahli panel semua?
|
Ahli panel2
|
Ya, benar saudara. Hari ini merupakan antara usaha yang
dilaksanakan pihak kerajaan melalui Kementerian pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri dan pejabat pelajaran daerah untuk memartabatkan bahasa
Melayu.
Bukan itu sahaja, di peringkat
antarabangsa, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu atau PABM telah diadakan
sejak lapan tahun yang lalu.
PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan manakala AG Bestari Events
Sdn Bhd dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat
PABM.
Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya
pada tahun 2008 telah bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional”
kepada PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara pidato
bahasa Melayu yang terulung di dunia.
Jelaslah di sini usaha pengantarabangsaan Bahasa Melayu turut turut
menjadi agenda pihak kerajaan melalui Penaungnya YAB Perdana Menteri Malaysia
|
Ahli panel 3
|
Aduhai, Nampaknya saudara ……………………………mengingatkan saya kepada
kepetahan gadis manis dari negara matahari terbit bernama Hatsune Yanai
berbicara tentang makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan menjadi
juara Piadato Antarabangsa kategori antarabangsa di PICC, Putra Jaya pada
bulan Mac yang lalu.
|
Pengerusi
|
Wah, saudara ahli panel ketiga terkenang seseorang nampaknya….
|
Ahli panel ketiga
|
Ya sedikit terkenang kerana semua peserta dari pelbagai negara di
dunia berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan pidato masing-masing.
|
Pengerusi
forum
|
Tak mengapa saudara. Saya memahami isi hati saudara.
Terima kasih saudara ahli panel kedua dan ketiga atas pandangan
saudara-saudara sebentar tadi. Baiklah….Menyentuh tentang peranan pihak
lain, bolehkan ahli panel kedua, saudara…………………….memberikan pandangan
saudara tentang peranan yang dimainkan oleh pihak pertubuhan bukan Kerajaan,
media dan badan korporat dalam melaksanakan program-program bahasa dan
sastera sama ada di dalam atau diluar Negara.
|
Ahli panel Kedua
|
Terima kasih saudara pengerusi Forum, Saudara Tazrin.
Membicarakan tentang peranan Pertubunan bukan
Kerajaan, atau NGO , Badan korporat dan media dalam memperkasa bahasa
dan sastera Melayu, saya tertarik dengan kerjasama yang turut
diberikan oleh Badan Bukan kerajaan iaitu GAPENA atau
gabungan Penulisan Nasional, Gapena yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1970.
Hakikatya, peranan Gabungan Penulis Nasional
atau GAPENA dalam membangunkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di
negara kita tidak boleh dipandang remeh.
Gapena telah berjaya menggabungkan semua
penulis tanah air untuk berkarya, melaksanakan perlbagai pertandingan, sayembara,
seminar, wacana ilmu, diskusi dari semasa ke semasa untuk mencari
formula terbaik mengembangkan bahasa dan sastera Melayu baik di dalam
negara, mahupun di luar Negara.
Gapena juga bekerjasama dengan erat
untuk menerbitkan karya agung penulis tersohor dan Sasterawan Negara
seperti Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, Usman Awang, Kemala, Arenawati,
A.Samad Said dan lain-lain.
Apa yang lebih menarik Badan korporat dan
pihak swasta turut juga memainkan peranan dalam perkembangan bahasa dan sastera
Melayu. Contohnya ,Gapena telah menjalin kerjasama erat dengan syarikat ESSO
untuk menaja hadiah sastera Gapena Esso selama 20 tahun , manakala bank
Bumiputera Commerce juga pernah memberikan tajaan selama empat tahun .
saudara Pengerusi dan Ahli panel
Dalam pada itu .pengembangan bahasa Melayu di
sektor Swasta juga telah dilaksanakan melalui Gerakan Bahasa Kebangsaan
Sektor swasta pada tahun 1996.
Antara program yang dilaksanakan ialah
kempen penggunaan bahasa kebangsaan, pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan
di sektor swasta, khidmat nasihat, bahasa, khidmat pengeditan dan
penterjemahan dokumen perniagaan dan bahasa juga penganjuran
kursus bahasa.
Saya berpendapat Sejak digerakkan pada tahun 1996, secara beransur-ansur telah tampak
kepekaan pihak swasta tertentu untuk ikut serta melaksanakan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sebagai contoh persatuan Linguistik Malaysia dan
beberapa badan bukan kerajaan yang lain telah telah berhasil memperteguh ciri
bahasa lisan formal bagi bahasa Melayu, terutama apabila penggunaannya di
Stesen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 membentuk citra istimewa bagi
bahasa Melayu lisan rasmi.
Bukan begitu saudara pengerusi dan ahli panel?
|
Pengerusi forum
|
Ya , saya sependapat dengan ahli panel kedua, bagaimana
pandangan ahli panel yang lain ?
|
Ahli panel 1
|
Saya bersetuju, pada hari ini penggunaan bahasa Melayu di media
massa terutama media cetak dan media elektronik sangat mementingkan aspek
kebakuan tak kira sama ada dari aspek sebutan dan tatabahasa.
|
Ahli panel 2
|
Ya, benar saudara. Hal ini sudah pasti merupakan indikator bahawa
Bahasa Melayu yang seragam sedang digunakan dan hasrat mengantarabangsakan
bahasa Melayu akan tercapai.
|
Pengerusi Forum
|
Terima kasih kepada ahli-ahli panel. Seterusnya saya ingin meninjau
pandangan ahli panel ketiga tentang peranan Negara serantau yang menggunakan
bahasa Melayu dalam mengantarabangsakan bahasa Melayu
|
Ahli panel 3
|
Terima kasih saudara……………………………………pengerusi forum kita pada hari ini
serta sahabat ahli panel dan siding hadirin
Membicarakan peranan negara serantau rumpun Malayu saya memetik
kata-kata Datuk Dr Awang Sariyan yang menyatakan;
Dari aspek wibawa bahasa, kedudukan, dan peranan
bahasa Melayu tidak seharusnya terbatas pada peringkat negara semata-mata.
Bahasa Melayu perlu diangkat menjadi bahasa serantau dan antarabangsa yang
diiktiraf sebagai salah satu bahasa penting di dunia.
Dalam hal ini DBP perlu memanfaatkan
prasarana dan mekanisme sedia ada terutama yang melibatkan hubungan dan
kerjasama antara negara, seperti Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara
(MASTERA), dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). ‘
Upaya perancangan dan pengembangan
bahasa Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan
pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa danPustaka (DPB) Malaysia semasa pimpinan
Dato’ HajiA. Aziz Deraman, DBP Brunei di bawah pimpinan Dato
Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai
oleh Dr Hassan Alwi, telah dilakukan dengan jayanya.
Kerjasama ketiga-tiga institusi dengan pelbagai pihak,
kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan, maka telah timbul suatu
keyakinan dan komitmen
bahawa bahasa Melayu mampu dibangun dan dikembangkan
menjadi bahasa yang
berwibawa sama ada di peringkat Nasional, serantau dan antarabangsa.
Suatu yang membanggakan melalui
kerjasama tersebut Pusat Pengajian Bahasa Melayu pertama ditubuhkan di
Universiti Leiden Belanda pada tahun pada 1867 telah menerima seorang
professor Bahasa Melayu pada tahun 1992 melalui program Kerusi Pengajian
Melayu oleh Kerajaan Malaysia. . kerusi pengajian Melayu juga telah
ditubuhkan di Universiti Victoria, Welllington, New Zealand, Di Universiti
Beijing
Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan
forum-forum kerjasama yang diwujudkan misalnya antara Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara
(MASTERA), MajlisAntarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dengan Forum Kerjasama
Penerbitan Serantau(FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan
(MEKKAP) kawasan segi tiga Asia Tenggara, boleh menjadi wahana penyebaran
bahan pengajian dan kajian di institusi-instusi asing tadi
Demikianlah,
bagaimana kerjasama serantau membawa manfaat kepada perkembangan bahasa dan
sastera Melayu di peringkat antarabangsa.
Kembali kepada pengerusi forum
|
Pengerusi
|
Terima kasih kepada saudara……………………..
Sebagai penghujung bicara, saya mohon ahli panel membuat rumusan perbincangan
kita pada hari ini.
|
Ahli Panel 1
|
Saudara pengerusi, sahabat panel dan sidang hadirin
Bahasa Jiwa bangsa,
Rosak bahasa rosaklah bangsa
Sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, ayuh kita lestarikan
perjuangan memartabatkan bahasa ke takhtanya.
|
Ahli Panel 2
|
Akhir kalam daripada saya, hasrat mengantarabangsakan bahasa Melayu
bukanlah angan-angan mat jenin atau impian di awaing-awangan, .Dengan izin
Allah, iltizam padu dan komitmen jitu semua pihak, kerajaan, rakyat termasuk
kita generasi muda , walau masih setahun jagung, darah setampuk pinang, mari
kita usahakan yang terbaik buat bahasa dan bangsa kita.
|
Ahli panel 3
|
Sebagaimana sahabat ahli panel yang lain, pendirian dan rumusan saya
juga serupa walau tidak sama. Membujur lalu melintang patah, sekali kita
mara, pantang kita berundur. Perjuangan memartabatkan dan
mengantarabangsakan bahasa Melayu ialah perjuangan luhur dan suci demi
kesinambungan warisan bumi tercinta.
|
Pengerusi
|
Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan
beriltizam
Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita
tentang pengantarabangsaan Bahasa Melayu, realiti atau sekadar ilusi,
Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat,
kata sepakat yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu, kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, maka hasrat menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa akan menjadi realiti.
Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan
isu pengantarabangsaan Bahasa Melayu ini . Semoga forum ini menjadi wadah
melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu bahasa, selanjutnya membantu
meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa. Harapan saya forum ini juga
mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.
Sidang hadirin yang dihormati..
kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara
Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai
Terimalah salam, salam bersantun,
Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun
Saya mewakili semua ahli panel
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin
yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini.
Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini
selanjutnya mohon mengundur diri.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah,
wassalam mualaikum warah matullah , salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
|
GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR: DI MANA SILAPNYA?
PENGERUSI
:
AHLI PANEL PERTAMA
:
AHLI PANEL
KEDUA
:
AHLI PANEL KETIGA
:
PEMBICARA
|
SKRIP
|
PENGERUSI
|
Forum
remaja penjana minda kelas pertama
|
AHLI
PANEL 1
|
Forum
remaja pencetus minda kritis remaja.
|
AHLI
PANEL 2
|
Forum
remaja pencetus minda kreatif dan kritis.
|
AHLI
PANEL 3
|
Forum
remaja penjana generasi berinformasi.
|
SEMUA
|
Forum
remaja pemangkin kecemerlangan budaya ilmu.
|
Pengerusi
|
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbil
alamin
Wassolatuwassalamu
ala asrafil ambiya iwal mursalin
Wa ala
alihi wasohbihi ajmain
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Salam
sejahtera, salam satu Malaysia, salam forum remaja
Ahli
panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah
Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan
forum remaja negeri pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini.
Hadirin
yang dihormati
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan
bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu tajuk forum remaja kita pada hari ini.
|
Tajuk
forum kita berkisar tema sosial iaitu Gejala Buli : Di Mana Silapnya?
Remaja pada
hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan
merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh
orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah
ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden
Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas
bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan
akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah
sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli.
Berdasarkan
statistik Kementerian Pendidikan, terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di
sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan tahun
2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal. Kes buli yang
mendapat liputan seluruh negara melibatkan seorang mahasiswa universiti
Pertahanan Malaysia,
Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia dipercayai akibat didera seolah-olah
menjadi bom jangka yang menyedarkan kita dari lena bahawa budaya budi dalam
kalangan pelajar merupakan isu yang tidak boleh dipandang enteng sama sekali.
Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik
perbincangan molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga
ahli panel kita pada hari ini.
Di sebelah kanan saya, saudara Muhammad Adham Aizam bin Nor Apandi yang
merupakan ahli panel yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar ?
|
|
Ahli
panel 1
|
Terima
kasih saudara pengerusi. Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .
|
Pengerusi
|
Seterusnya,
saya perkenalkan ahli panel kedua, iaitu saudari Nor Farah Qistina binti
Azman
selamat
datang saudari
Saudari
apa khabar ?
|
Ahli
panel 2
|
Alhamdulillah,
khabar baik saudari pengerusi.
|
Pengerusi
|
Berada
di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang
ketiga iaitu saudara Muhammad Firaskhan bin Mohamed
Siddiq. Walaupun nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa khabar
saudara?
|
Ahli
Panel 3
|
Alhamdulillah,
saya berada dalam keadaan yang baik. Salam forum buat semua.
|
Pengerusi
|
Usai
salam perkenalan dengan semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum kita
iaitu Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar: Di Mana Silapnya?
Sidang
hadirin yang dihormati
Sidang
hadirin, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi, eloklah kiranya
kita menelusuri apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan buli dan
apakah punca yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan
pelajar? Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan
soalan pertama kepada ahli panel pertama. Saudara Aizam, mohon saudara
merungkaikan persoalan ini kepada semua.
|
Ahli
panel 1
|
Awal
Bismillah pembuka bicara,
Terima
kasih saudari pengerusi
Assalamualaikun
dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati,
Menurut Nosazdi Abdullah, buli boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif
seseorang pelajar atau sekumpulan pelajar dengan menganggu mangsa sama ada
secara fizikal datau psikologi dalam satu jangka masa yang panjang.
Kamus Dewan edisi
ketiga pula mentakrifkan buli sebagai perbuatan mendera atau
mempermainkan seseorang dengan tujuan untuk menyesuaikan suasana baru. Selain
itu, buli juga bertujuan untuk mempermainkan orang yang lemah dengan
cara mengertak atau menakutkan mereka.
Punca dominan yang mencetuskan
fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang
teguh. Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama
sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf
ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari ini tidak
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini
terjadi kerana ibu bapa pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa
ajaran agama tidak penting berbanding dengan pendidikan akademik yang
dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Sikap ini
menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab
hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang
diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan tingkah
laku anak–anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa
hadapannya. Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini,
maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang
difardukan kepada setiap muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat
mencegah kemungkaran.
Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja
pada hari ini lebih bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata
seperti melibatkan diri dalam ‘Black Metal’. Jika situasi ini berterusan
sudah pasti keharmonian masyarakat dan negara kita akan terjejas.
Seorang tokoh
cendekiawan pernah berkata, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat
apabila bangsa tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja yang senipis
kulit bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing
ibarat kapal tanpa nakhoda. Tegasnya, didikan agama yang
tidak mantap mampu mendorong kepada penularan gejala buli di negara ini.
|
Pengerusi
|
Sidang
hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif
tentang gejala buli yang pada pandangan saya merupakan penjelasan
terperinci dan menarik daripada saudara ahli panel
pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli
panel kedua,saudari Farah Qistina tentang punca-punca lain yang boleh
menyebabkan remaja terdorong untuk melakukan gejala ini?
|
Ahli
panel 2
|
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Terima
kasih Saudari pengerusi .
Sidang
hadirin yang dihormati.
Kegoyahan institusi kekeluargaan
juga menjadi pemangkin kepada gejala buli yang melanda di nusa tercinta kita
ini. Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi
persefahaman antara pasangan suami isteri. Oleh itu, kes
penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin meningkat bagai
bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya
lagi. Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam
tempoh masa 15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk
memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa
memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Keadaan
ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan
personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat
dalam gejala samseng ini untuk menarik perhatian dan mendapatkan sekelumit
kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul
tanggungjawab hakiki mereka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50
peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja
yang mempunyai konflik keluarga. Oleh hal yang demikian, izharlah
bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli
remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak
kata peribahasa Melayu, ‘orang lain makan nangka, orang lain terkena
getahnya’.
Jika
kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara
faktor gejala buli semakin menular dan kian serius bagai duri
dalam daging di negara kita pada hari ini. Hal
ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan
sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka. Tindakan remaja yang sanggup
menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko dapat diumpamakan
seperti kerbau dicucuk hidung. Bukan itu sahaja,
kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan
sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Menurut
Thrasher yang merupakan pelopor awal tentang kajian buli mengutarakan
mewujudkan geng atau persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk
jerengau ini sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan guru
mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. Sebagai contohnya, 8
orang pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah
mengugut guru asrama dengan menggunakan parang. Kumpulan pelajar ini
sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa
memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. Ekoran
sikap remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi
oleh anasir-anasir negatif seperti membuli . Hal ini dapat dikaitkan dengan
petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, “Jika anda
berkawan dengan tukang besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu.” Pendek
kata, pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada
kemelut buli semakin sukar ditangani.
|
Pengerusi
|
Terima
kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang punca-punca lain yang
boleh mendorong gejala buli dalam kalangan pelajar
Sahabat-sahabat
ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.
Apakah kesan perlakuan buli
terhadap mangsa dan apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh mangsa?
Silakan
saudara Firas.
|
Ahli
panel 3
|
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Terima
kasih Saudari pengerusi.
Antara
kesannya ialah mangsa
buli akan mengalami kemurungan atau cemas. Selain itu, mereka terpaksa
menempuh penderitaan berikut antaranya, peningkatan perasaan sedih dan
keseorangan, perubahan masalah tidur dan makan, hilang minat dalam aktiviti
yang sering diceburi. Isu ini akan berpanjangan sehingga dewasa, masalah
kesihatan dari segi emosi dan psikiatri, keciciran dalam pelajaran
kerana kanak-kanak takut ke sekolah untuk mengelakkan daripada dibuli.
Selain
itu, kesan buli membawa kepada bahaya atau pendedahan untuk membunuh diri
kerana merasakan diri mereka tiada harapan, tiada kuasa serta tercalar maruah
diri akibat perbuatan dera.
Saudari
pengerusi dan sidang hadirin,
Mangsa
buli di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) biasanya menyembunyikan
apa yang berlaku daripada pengetahuan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kerana
takut dipukul oleh pembuli. Pelajar-pelajar lain juga mendiamkan diri. Kenapa
boleh wujud keadaan sebegini?
Hal ini ada kaitan dengan persepsi masyarakat
memandang remeh mengenai perkara ini. Tanggapan masyarakat ialah buli sebahagian daripada budaya masyarakat
tempatan malahan seluruh dunia. Kebanyakan masyarakat tidak sedar isu buli
memberi kesan jangka panjang dari segi perkembangan psikologi dan emosi.
Kanak-kanak sama ada pembuli
mahupun mangsa buli cenderung melakukan perbuatan buli seperti isu buli
berlaku di IPT mahupun bagi orang dewasa dan kita sering mendengar bahawa isu
penderaan kanak-kanak berlaku. Kes-kes penderaan yang menjangkau 5,000 kes
setahun merupakan kesan psikologi dan emosi pendera yang dibuli semasa
remaja.
Jika ahli masyarakat tidak
peka terhadap isu buli maka tidak adalah perbincangan mahupun komunikasi
antara satu sama lain. Sekiranya perhubungan sedemikian tidak berlaku secara
sendiri, kes buli akan tersembunyi tanpa pengetahuan sehingga melibatkan kecederaan
atau kematian, barulah masyarakat sedar isu ini perlu ditangani.
Apabila wujud inisiatif ahli
masyarakat memainkan peranan masing-masing, maka barulah kanak-kanak
mempunyai keyakinan diri untuk melaporkan kes buli kepada pihak berkuasa atas
kesedaran mereka isu buli akan ditangani.
Sekian.
Terima kasih. Kembali semula kepada saudara Pengerusi Majlis
|
Pengerusi
|
Terima
kasih saudara Firas.
Ya sidang hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah.
Kita masih lagi berada dalam majlis Forum remaja tahun 2015 di
SMK Sinar bintang yang ceria dan indah ini. Pada ketika dan
saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar:
Di Mana Silapnya?
Selamat datang kepada saudara dan saudari yang baru saja
mengambil tempat di dewan ini. Kita teruskan bual bicara kita
pada hari yang berbahagia ini. Saya percaya, gejala ini
jika dapat ditangani dengan baik sudah pasti gejala ini tidak akan
membarah dalam kalangan pelajar.
Soalan saya kepada ahli panel pertama, apakah langkah yang boleh diambil
dalam usaha untuk menangani gejala ini?
|
Ahli
panel 1
|
Terima
kasih saudari pengerusi
Bak
kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah
yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu
bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak
mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada
tanggapan anak mereka, perbuatan ibu
bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintik’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Kembali
semula kepada saudari Pengerusi.
|
Ahli
panel 2
|
Saudari
pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan
ulasan saudara ahli panel yang pertama tadi.
|
Pengerusi
|
Silakan
saudari. Kita masih lagi membicarakan tentang langkah-langkah yang boleh diambil
untuk menangani masalah buli dalam kalangan pelajar.
|
Ahli
Panel 2
|
Terima
kasih saudara pengerusi.
Para
pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau
menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak
sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin
demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima
laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu
dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan
sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli
akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa
dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu
bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang
setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi
dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan
peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar
supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat
kesalahan seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini, para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik.Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya, kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan. |
Pengerusi
|
Terima
kasih ahli panel yang kedua. Ahli panel ke-3 pastinya mepunyai buah
fikiran yang tidak kurang hebatnya. Silakan saudara
|
Ahli
panel 3
|
Terima
kasih saudara pengerusi majlis
Ahli
panel dan sidang hadirin yang dihormati,
Pihak
kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini.
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes
buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu
seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan
sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan
menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga
perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran
dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli. Melalui cara ini, remaja
dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala
membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang
lain.Contohya, Kempen Antibuli yang dijalankan di pekan Marang telah
mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat
dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.
Sekian.
Terima Kasih.
|
Pengerusi
|
Terima
kasih saudara Firas,
Demikian
perbincangan daripada semua ahli panel kita tentang gejala buli
dalam kalangan pelajar di negara kita. Menuding jari menyalahkan
satu-satu pihak memanglah mudah tetapi menyelesaikan gejala ini bukanlah
semudah kita berbicara. Oleh itu, banyak
langkah yang dapat diimplementasikan agar pelajar dapat belajar dalam suasana
yang kondusif dan harmoni. Kita tidak seharusnya mengharapkan
usaha pihak berautoriti sahaja tetapi perlu berganding bahu ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Dengan berkat daya
usaha yang gigih,Insya- Allah kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat
menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia agar
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang
lain.
Sidang
hadirin yang dihormati.
Kalau
berjalan dah sampai ke batas
kalau
berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau
mendaki dah sampai ke puncak
Kita
telah sampai kepada penghujung bicara
Entah
sireh salah sarung
Entah
kata salah tutur
Entah
maksud salah sampai
Terimalah
salam, salam bersantun,
Salam
yang minta maaf, salam yang minta ampun
Saya
mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan
forum remaja ini.
Lantaran
keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini. Mohon mengundur diri.
Sekian,
wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam
sejahtera, salam 1 Malaysia.
|
GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR: DI MANA SILAPNYA?
PENGERUSI :
AHLI PANEL PERTAMA :
AHLI PANEL KEDUA :
AHLI PANEL KETIGA :
PEMBICARA
|
SKRIP
|
PENGERUSI
|
Forum remaja penjana minda kelas pertama
|
AHLI PANEL 1
|
Forum remaja pencetus minda kritis remaja.
|
AHLI PANEL 2
|
Forum remaja pencetus minda kreatif dan kritis.
|
AHLI PANEL 3
|
Forum remaja penjana generasi berinformasi.
|
SEMUA
|
Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya ilmu.
|
Pengerusi
|
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbil alamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin
Wa ala alihi wasohbihi ajmain
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera, salam satu Malaysia, salam forum remaja
Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah
Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja negeri pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini.
Hadirin yang dihormati
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk forum remaja kita pada hari ini.
|
Tajuk forum kita berkisar tema sosial iaitu Gejala Buli : Di Mana Silapnya?
Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli.
Berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan, terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan tahun 2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal. Kes buli yang mendapat liputan seluruh negara melibatkan seorang mahasiswa universiti Pertahanan Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia dipercayai akibat didera seolah-olah menjadi bom jangka yang menyedarkan kita dari lena bahawa budaya budi dalam kalangan pelajar merupakan isu yang tidak boleh dipandang enteng sama sekali.
Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik perbincangan molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.
Di sebelah kanan saya, saudara Muhammad Adham Aizam bin Nor Apandi yang merupakan ahli panel yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar ?
| |
Ahli panel 1
|
Terima kasih saudara pengerusi. Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .
|
Pengerusi
|
Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, iaitu saudari Nor Farah Qistina binti Azman
selamat datang saudari
Saudari apa khabar ?
|
Ahli panel 2
|
Alhamdulillah, khabar baik saudari pengerusi.
|
Pengerusi
|
Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu saudara Muhammad Firaskhan bin Mohamed Siddiq. Walaupun nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa khabar saudara?
|
Ahli Panel 3
|
Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik. Salam forum buat semua.
|
Pengerusi
|
Usai salam perkenalan dengan semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum kita iaitu Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar: Di Mana Silapnya?
Sidang hadirin yang dihormati
Sidang hadirin, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi, eloklah kiranya kita menelusuri apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan buli dan apakah punca yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar? Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ahli panel pertama. Saudara Aizam, mohon saudara merungkaikan persoalan ini kepada semua.
|
Ahli panel 1
|
Awal Bismillah pembuka bicara,
Terima kasih saudari pengerusi
Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati,
Menurut Nosazdi Abdullah, buli boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif seseorang pelajar atau sekumpulan pelajar dengan menganggu mangsa sama ada secara fizikal datau psikologi dalam satu jangka masa yang panjang.
Kamus Dewan edisi ketiga pula mentakrifkan buli sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang dengan tujuan untuk menyesuaikan suasana baru. Selain itu, buli juga bertujuan untuk mempermainkan orang yang lemah dengan cara mengertak atau menakutkan mereka.
Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang teguh. Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding dengan pendidikan akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang diumpamakan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan tingkah laku anak–anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini, maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada setiap muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran.
Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata seperti melibatkan diri dalam ‘Black Metal’. Jika situasi ini berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat dan negara kita akan terjejas.
Seorang tokoh cendekiawan pernah berkata, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut mencintai hiburan.” Keimanan remaja yang senipis kulit bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap mampu mendorong kepada penularan gejala buli di negara ini.
|
Pengerusi
|
Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif tentang gejala buli yang pada pandangan saya merupakan penjelasan terperinci dan menarik daripada saudara ahli panel pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua,saudari Farah Qistina tentang punca-punca lain yang boleh menyebabkan remaja terdorong untuk melakukan gejala ini?
|
Ahli panel 2
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudari pengerusi .
Sidang hadirin yang dihormati.
Kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala buli yang melanda di nusa tercinta kita ini. Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri. Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga. Oleh hal yang demikian, izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, ‘orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya’.
Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala buli semakin menular dan kian serius bagai duri dalam daging di negara kita pada hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan guru-guru mereka. Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata mereka. Menurut Thrasher yang merupakan pelopor awal tentang kajian buli mengutarakan mewujudkan geng atau persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan guru mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. Sebagai contohnya, 8 orang pelajar tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengugut guru asrama dengan menggunakan parang. Kumpulan pelajar ini sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti membuli . Hal ini dapat dikaitkan dengan petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, “Jika anda berkawan dengan tukang besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu.” Pendek kata, pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada kemelut buli semakin sukar ditangani.
|
Pengerusi
|
Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang punca-punca lain yang boleh mendorong gejala buli dalam kalangan pelajar
Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.
Apakah kesan perlakuan buli terhadap mangsa dan apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh mangsa?
Silakan saudara Firas.
|
Ahli panel 3
|
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudari pengerusi.
Antara kesannya ialah mangsa buli akan mengalami kemurungan atau cemas. Selain itu, mereka terpaksa menempuh penderitaan berikut antaranya, peningkatan perasaan sedih dan keseorangan, perubahan masalah tidur dan makan, hilang minat dalam aktiviti yang sering diceburi. Isu ini akan berpanjangan sehingga dewasa, masalah kesihatan dari segi emosi dan psikiatri, keciciran dalam pelajaran kerana kanak-kanak takut ke sekolah untuk mengelakkan daripada dibuli.
Selain itu, kesan buli membawa kepada bahaya atau pendedahan untuk membunuh diri kerana merasakan diri mereka tiada harapan, tiada kuasa serta tercalar maruah diri akibat perbuatan dera.
Saudari pengerusi dan sidang hadirin,
Mangsa buli di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) biasanya menyembunyikan apa yang berlaku daripada pengetahuan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kerana takut dipukul oleh pembuli. Pelajar-pelajar lain juga mendiamkan diri. Kenapa boleh wujud keadaan sebegini?
Hal ini ada kaitan dengan persepsi masyarakat memandang remeh mengenai perkara ini. Tanggapan masyarakat ialah buli sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan malahan seluruh dunia. Kebanyakan masyarakat tidak sedar isu buli memberi kesan jangka panjang dari segi perkembangan psikologi dan emosi.
Kanak-kanak sama ada pembuli mahupun mangsa buli cenderung melakukan perbuatan buli seperti isu buli berlaku di IPT mahupun bagi orang dewasa dan kita sering mendengar bahawa isu penderaan kanak-kanak berlaku. Kes-kes penderaan yang menjangkau 5,000 kes setahun merupakan kesan psikologi dan emosi pendera yang dibuli semasa remaja.
Jika ahli masyarakat tidak peka terhadap isu buli maka tidak adalah perbincangan mahupun komunikasi antara satu sama lain. Sekiranya perhubungan sedemikian tidak berlaku secara sendiri, kes buli akan tersembunyi tanpa pengetahuan sehingga melibatkan kecederaan atau kematian, barulah masyarakat sedar isu ini perlu ditangani.
Apabila wujud inisiatif ahli masyarakat memainkan peranan masing-masing, maka barulah kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk melaporkan kes buli kepada pihak berkuasa atas kesedaran mereka isu buli akan ditangani.
Sekian. Terima kasih. Kembali semula kepada saudara Pengerusi Majlis
|
Pengerusi
|
Terima kasih saudara Firas.
Ya sidang hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah. Kita masih lagi berada dalam majlis Forum remaja tahun 2015 di SMK Sinar bintang yang ceria dan indah ini. Pada ketika dan saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar: Di Mana Silapnya?
Selamat datang kepada saudara dan saudari yang baru saja mengambil tempat di dewan ini. Kita teruskan bual bicara kita pada hari yang berbahagia ini. Saya percaya, gejala ini jika dapat ditangani dengan baik sudah pasti gejala ini tidak akan membarah dalam kalangan pelajar.
Soalan saya kepada ahli panel pertama, apakah langkah yang boleh diambil dalam usaha untuk menangani gejala ini?
|
Ahli panel 1
|
Terima kasih saudari pengerusi
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini.Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu
bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintik’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
Kembali semula kepada saudari Pengerusi.
|
Ahli panel 2
|
Saudari pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan ulasan saudara ahli panel yang pertama tadi.
|
Pengerusi
|
Silakan saudari. Kita masih lagi membicarakan tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah buli dalam kalangan pelajar.
|
Ahli Panel 2
|
Terima kasih saudara pengerusi.
Para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini, para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik.Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya, kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan. |
Pengerusi
|
Terima kasih ahli panel yang kedua. Ahli panel ke-3 pastinya mepunyai buah fikiran yang tidak kurang hebatnya. Silakan saudara
|
Ahli panel 3
|
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati,
Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik. Kerajaan juga perlu bergabung dengan pagensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli. Melalui cara ini, remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya, Kempen Antibuli yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.
Sekian. Terima Kasih.
|
Pengerusi
|
Terima kasih saudara Firas,
Demikian perbincangan daripada semua ahli panel kita tentang gejala buli dalam kalangan pelajar di negara kita. Menuding jari menyalahkan satu-satu pihak memanglah mudah tetapi menyelesaikan gejala ini bukanlah semudah kita berbicara. Oleh itu, banyak langkah yang dapat diimplementasikan agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni. Kita tidak seharusnya mengharapkan usaha pihak berautoriti sahaja tetapi perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Dengan berkat daya usaha yang gigih,Insya- Allah kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Sidang hadirin yang dihormati.
Kalau berjalan dah sampai ke batas
kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara
Entah sireh salah sarung
Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai
Terimalah salam, salam bersantun,
Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun
Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan forum remaja ini.
Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini. Mohon mengundur diri.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
|
Ada contoh forum untuk jangkit berjangkit pada masa kini?
ReplyDeleteAda contoh forum untuk pelajaran
ReplyDeleteforum yang mudah di fahami,mohon share ya cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu atas perkongsian
ReplyDeleteforum untuk sumber ilmu ada tak cikgu, terima kasih juga atas perkongsian
ReplyDeleteTq cg sudi share
ReplyDeleteTerima kasih cikgu utk blog ini. Sangat menolong saya dalam penyediaan soalan forum
ReplyDeleteAssalamualaikum, alhamdullilah dan terima kasih, blog ni telah banyak membantu saya dalam menyediakan teks forum buat kumpulan saya. Terima kasih sekali lagi, semoga sentiasa diberkati olehnya.
ReplyDeletesangat sangat membantu, terima kasih
ReplyDeleteКонсоли от компании Microsoft не сразу завоевали всемирную популярность и доверие игроков. 1-ая консоль под названием Xbox, вышедшая в далеком 2001 году, значительно уступала PlayStation 2 по количеству проданных приставок. Однако все изменилось с выходом Xbox 360 - консоли седьмого поколения, которая стала по-настоящему "народной" для жителей Рф и государств СНГ - Xbox 360 прошивка FreeBoot. Веб-сайт Ru-Xbox.Ru является пользующимся популярностью ресурсом среди поклонников приставки, так как он предлагает игры для Xbox 360, которые поддерживают все имеющиеся версии прошивок - совсем бесплатно! Для чего играть на оригинальном железе, если имеется эмуляторы? Для Xbox 360 игры выходили долгое время и представлены как посредственными проектами, так и хитами, многие из которых даже сейчас остаются уникальными для это консоли. Некие пользователи, желающие сыграть в игры для Xbox 360, смогут задать вопрос: для чего нужны игры для прошитых Xbox 360 freeboot либо различными версиями LT, если имеется эмулятор? Рабочий эмулятор Xbox 360 хоть и существует, но он требует производительного ПК, для покупки которого будет нужно вложить существенную сумму. К тому же, всевозможные артефакты в виде исчезающих текстур, недостатка некоторых графических эффектов и освещения - смогут изрядно испортить впечатления об игре и отбить желание для ее предстоящего прохождения. Что предлагает этот интернет-сайт? Наш сайт вполне приурочен к играм для приставки Xbox 360. У нас вы можете совершенно бесплатно и без регистрации скачать игры на Xbox 360 через торрент для следующих версий прошивок консоли: - FreeBoot; - LT 3.0; - LT 2.0; - LT 1.9. Каждая прошивка имеет свои особенности обхода встроенной защиты. Потому, для запуска той или другой игры потребуется скачать специальную ее версию, которая вполне адаптирована под одну из 4 перечисленных выше прошивок. На нашем веб-сайте вы можете без усилий найти желаемый проект под подходящую прошивку, поскольку возле каждой игры находится заглавие версии (FreeBoot, LT 3.0/2.0/1.9), под которую она приспособлена. Пользователям данного ресурса доступна особая категория игр для 360-го, созданных для Kinect - специального дополнения, которое считывает все движения одного или нескольких игроков, и позволяет управлять с их помощью компьютерными персонажами. Большой выбор ПО Кроме способности загрузить игры на Xbox 360 Freeboot либо LT разных версий, тут можно подобрать программное обеспечение для консоли от Майкрософт: - разные версии Dashboard, которые позволяют кастомизировать интерфейс консоли под свои нужды, сделав его более комфортным и современным; - браузеры; - просмотрщики файлов; - сохранения для игр; - темы для консоли; - программы, для конвертации образов и записи их на диск. Кроме перечисленного выше игры на Xbox 360 Freeboot можно запускать не с дисковых, а с USB и многих других носителей, используя программу x360key, которую можно достать на нашем веб-сайте. Гостям доступно огромное количество нужных статей, а кроме этого форум, где вы можете пообщаться с единомышленниками или попросить совета у более опытных владельцев консоли.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu atas perkongsian. Sangat membantu saya untuk dijadikan rujukan.
ReplyDeleteterima kasih atas pengongsian..semoga cg diberkati sntiasa
ReplyDeleteterima kasih cikgu sangat membantu kami untuk jadikan rujukan
ReplyDeleteminta izin share terima kasih cg
ReplyDeleteresident evil на xbox 360
ReplyDeleteIf you don't remember this, your car may be stolen!
ReplyDeleteImagine that your vehicle was taken! When you visit the police, they inquire about a particular "VIN check"
A VIN decoder: What is it?
Similar to a passport, the "VIN decoder" allows you to find out the date of the car's birth and the identity of its "parent"( manufacturing plant). You can also find out:
1.Type of engine
2.Model of a vehicle
3.The DMV and the limitations it imposes
4.Number of drivers in this vehicle
You'll be able to locate the car, and keeping in mind the code ensures your safety. The code can be viewed in the online database. The VIN is situated on various parts of the car to make it harder for thieves to steal, such as the first person seated on the floor, the frame (often in trucks and SUVs), the spar, and other areas.
What if the VIN is intentionally harmed?
There are numerous circumstances that can result in VIN damage, but failing to have one will have unpleasant repercussions because it is illegal to intentionally harm a VIN in order to avoid going to jail or the police. You could receive a fine of up to 80,000 rubles or spend two years in prison. You might be held up on the road by a teacher.
Conclusion.
The VIN decoder may help to save your car from theft. But where can you check the car reality? This is why we exist– VIN decoders!
БК MelBet пользуется большой популярностью на российском рынке: -Деятельность организации лицензирована; - Игрокам предоставлен впечатляющий перечень ставок - в формате live и предматчевых; - Тут нет задержек с выплатами. Линия ставок невероятно привлекательна. Для того, чтобы получить выгодный бонус на совершение ставок, требуется всего лишь использовать промокод MelBet RS777. Получить промокод вы можете на ставку или на депозит. Каждое предложение имеет свои особенности отыгрыша - промокод MelBet.
ReplyDeleteБонусы и поощрений в БК 1хбет значительно увеличивает привлекательность компании в глазах игроков. Выгодные предложения доступны и новичкам, так и пользователям, уже имеющим опыт работы на платформе. Среди внушительного набора бонусной программы очень очень просто потеряться. Каждый промокод 1хбет обеспечит право на определенные преференции - 1 x bet промокод.
ReplyDeleteВ 2023 году промокод 1хбет предоставляющий максимальный бонус - 1XFREE777. Бонусные деньги начисляются автоматически на отдельный счет и их сразу вы можете использовать для игры - 1хбет промокод на сегодня.
ReplyDeleteFE1E9
ReplyDeletepubg uc satın al
sightcare