BAHAGIAN A
( 30 markah )
( Masa dicadangkan : 45 minit )
Gambar rajah dibawah menunjukkan sebahagian daripada petua kecemerlangan seseorang murid. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memperoleh kecemerlangan dalam akademik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Langkah 1 : Mengenal pasti Isu dan Kehendak Soalan
a) Isu :
………………………………………………………………………………………………
b) Kehendak soalan :
………………………………………………………………………………………………
Langkah 2 : Membina karangan berdasarkan kaedah “Karangan Pasang Siap”
a) Pendahuluan
Saban hari kita disajikan dengan isu ……..(ISU)…….. melalui media massa, media cetak dan perbincangan di institusi pengajian tinggi, parlimen dan warung-warung kopi. Isu ……….(ISU)……… telah menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memandang berat akan isu ini. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Berikut pendapat saya tentang ………………(KEHENDAK SOALAN ……………………….
b) Isi Pertama :
i. Antara ……………………..( kehendak soalan ) ………………ialah ………….
ii. Hal ini disebabkan oleh …………………………………………………………
iii. Impak daripada hal ini ………………………………………………………….
iv. Buktinya, …………………………………………………………………………
v. Oleh itu, …………………………………………………………………………..
vi. Tindakan ini bersesuaian dengan peribahasa …………………………………..
c) Isi Kedua
i. Di samping itu, antara ………..( kehendak soalan ) ………. ialah ……………
ii. Tindakan ini membolehkan ……………………………………………………..
iii. Implikasi daripada hal tersebut …………………………………………………
iv. Contohnya, …………………………………………………………………….
v. Justeru ……………………………………………………………………………
vi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa ………………………………………….
d) Isi Ketiga :
i. Tambahan pula, antara ……………..( kehendak soalan ) ……… ialah …………………
ii. Hal ini akan menyebabkan ……………………………………………………..
iii. Bukan itu sahaja, hal tersebut akan mengakibatkan …………………………
iv. Misalnya, …………………………………………………………………………
v. Lantaran itu, ……………………………………………………………………..
vi. Bak kata peribahasa Melayu ……………………………………………………
e) Isi Keempat :
i. Seterusnya, antara ……………( kehendak soalan ) …………… ialah …………………..
ii. Hal ini akan membolehkan ……………………………………………………..
iii. Kesan daripada situasi ini mampu ……………………………………………..
iv. Contohnya, ……………………………………………………………………….
v. Hakikatnya, ……………………………………………………………………….
vi. Hal ini bertetapan dengan peribahasa ………………………………………….
f) Penutup
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu member komitmen yang sewajarnya untuk menangani / menyokong isu ini. Pihak berkuasa / Ibu bapa / Institusi sekolah/ Kerajaan tidak boleh melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk di tangga. Manakala, masyarakat pula tidak sewajarnya mengamalkan peribahasa enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam menangani / menyokong isu ini. Kerjasama yang erat akan dapat merealisasikan hasrat Perdana Menteri yang bertepatan dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Answer
ReplyDelete