Tuesday, May 17, 2016
SINOPSIS BAB 12-14 DARAH TITIK DI SEMANTAN
Bab 12: Tipu Helah Inggeris
Keadaan di Semantan tenang dalam dua hingga tiga minggu. Mat Lela menyediakan daftar bertugas pemuda-pemuda bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh menyusun jadual latihan menembak. Tuk Selampit menggerakkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi. Malam itu suatu mesyuarat diadakan di rumah Datuk Bahaman. Keesokan harinya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman untuk memberitahu bahawa musuh akan mudik ke Semantan. Beliau meminta semua bersiap sedia. Batu Hampar di bawah jagaan Datuk Panglima Raja. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin akan mengetuai kawalan kubu dekat Pasir Tuk Anjang. Tuk Muda Bidin, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal Lubuk Sengarat. Menurut Datuk Bahaman lagi, Desborough sendiri akan mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada lima puluh orang mata-mata Inggeris. Mereka akan tiba bersama-sama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Pesan Datuk Bahaman lagi, jika askar-askar sultan bercampur gaul dengan mata-mata Inggeris, mereka akan berundur.
Datuk Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman untuk mengikut pasukan Datuk Panglima Raja ke Batu Hampar. Mereka membina kubu sebaik sahaja mereka sampai di sana. Zahid dan Samad yang diarahkan oleh Datuk Panglima Raja untuk pergi mengintai musuh, ternampak akan mata-mata Inggeris yang bersama-sama dengan askar-askar sultan. Apabila mendengarkan perkhabaran itu, Datuk Panglima Raja mengarahkan orang-orangnya berundur ke Lubuk Terua.
Menjelang senja, Desborough tiba di Lubuk Terua. Namun, tidak kelihatan askar-askar sultan di dalam perahunya itu. Sebaik-baik bahagian haluan perahu itu bersetentangan dengan rantai yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu. Perahu Desborough terbalik menyebabkan Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air. Orang-orang Datuk Bahaman menghujani Desborough dan orang-orangnya menggunakan bambu runcing. Tuk Selampit pula menyumpit bertalu-talu menggunakan sumpitannya. Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi.
Akhirnya, Datuk Bahaman mengarahkan Samad untuk memukul tabuh. Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat bertindak menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris. Askar-askar sultan terpinga-pinga, lalu dari hilir semula ke Batu Hampar dan terus ke Kuala Semantan.
Keadaan di Semantan kembali tenang. Mat Kilau datang dari Pulau Tawar membawa berita bahawa Clifford tidak berpuas hati kerana tiada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera. Inggeris menganggap bahawa askar-askar sultan telah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman. Clifford mengugut sultan dengan ugutan akan dibuang daerah ke mana-mana pulau di Lautan Hindi. Rodger sangat marah terhadap Datuk Bahaman dan akan mudik ke Semantan dengan membawa sultan dan Tengku Ali. Jika askar-askar sultan tidak menembak perajurit-perajurit Datuk Bahaman, bererti sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Rodger tahu apa-apa yang perlu dilakukannya kelak. Kini, Datuk Bahaman dalam dilema. Mat Kilau mengusulkan Datuk Bahaman agar berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak.
Bab 13: Sebuah Perjanjian
Berita kedatangan musuh kali ini disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut. Empat hari kemudian Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat. Beliau mengakui apa-apa yang dikatakan oleh Mat Kilau, iaitu Rodger seperahu mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Oleh itu, Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua ke Darat Kelubi. Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang. Tuk Selampit membantah kata-kata Datuk Bahaman. Dia tetap mahu menyumpit orang-orang Inggeris dan mata-mata Inggeris. Datuk Bahaman tetap bertegas bahawa Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan tidak duduk di sebelahnya. Suasana di Lubuk Sengarat petang itu sepi.
Tiba-tiba Lajis datang memberitahu mereka bahawa musuh sudahpun sampai. Rodger berada ialam perahu yang pertama sekali sampai di Lubuk Sengarat. Dia diapit )leh sultan dan Tengku Ali. Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger etapi dihalang oleh Datuk Bahaman. Akhirnya, perahu-perahu yang nembawa mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan berlalu satu demi ;atu. Tuk Selampit beredar dari situ dalam keadaan marah. Malam itu, Datuk Bahaman dan orang-orangnya berpindah ke darat Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman bersiap-siap hendak berjumpa dengan sultan. Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada nalam itu juga. Menurut Datuk Bahaman, baginda sultan sememangnya nenyokong perjuangan mereka. Namun, baginda sultan berada dalam Mem.. Baginda mahukan perjuangan esoknya menjadi perjuangan yang )enghabisan. Selepas itu Datuk Bahaman dan pengikut-pengikut perlu neletakkan senjata dan menjalani kehidupan seperti biasa. Baginda sultan akan mengampunkan mereka dan menganugerahkan pangkat dan kuasa semula kepada Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian yang dibuat antara ;ultan dengan Datuk Bahaman, askar-askar baginda akan naik ke darat an berpura-pura melakukan peperangan dengan pihak Datuk Bahaman.
Namun sebenarnya, mereka hanya akan menembak ke udara. Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara. Kemudian, lewat tengah iari pihak Datuk Bahaman akan melarikan din. Pihak sultan dan Inggeris tkan bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan mengajak Rodger nenyaksikan kemenangan itu. Bagi memastikan pengikut-pengikutnya faham akan apa-apa yang )akal berlaku, Datuk Bahaman menyuruh Mat Lela pergi ke kubu Datuk ?anglima Raja, Tuk Muda Bidin dan kubu Imam Perang Weh supaya nemberitahu mereka tentang perjanjian itu.
Bab 14: Jatuhnya Lubuk Terua
Dari Pasir Tuk Anjang naik sekumpulan askar sultan ke atas tebing sambil meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman telah memberikan arahan agar tembakan dibuat ke udara sahaja. Pasukan kedua naik ke darat. Diikuti oleh pasukan ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sehingga ke tebing Pasir Tuk Anjang itu dipenuhi oleh askar-askar sultan. Tidak berapa lama kemudian, tembakan pertama dilepaskan oleh askar sultan. Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan. Semua tembakan dihalakan ke udara juga. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan. Seterusnya, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya. Awang Muhammad tidak berjaya diselamatkan. Datuk Panglima Raja menyuruh orang-orangnya mengamuk kerana askar-askar sultan telah mungkir janji. Namun, Datuk Bahaman tidak membenarkan kerana dia berpegang pada janji.
Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin sedar tentang perbalahan antara Datuk Bahaman dengan Datuk Panglima Raja. Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid dan melompat keluar dari kubu. Datuk Panglima Raja tercedera bahu kanannya semasa hendak menghentak peluru dan ubat bedil. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Tetapi nasib mereka begitu malang kerana ketua askar sultan telah menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.
Menjelang waktu zuhur bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Perajurit-perajurit Semantan telah berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Petang itu, sultan dan Tengku Ali telah membawa Rodger ke darat. Rodger mengucapkan tahniah kerana telah menang dan berkata bahawa Datuk Bahaman mungkin telah mati.
Pada suatu petang yang hening, Mat Kilau telah datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman. Dia membawa surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad. Semua yang telah menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid supaya menghebahkan kepada orang ramai bahawa mereka boleh pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus orang askar mudik ke Batu Hampar. Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah keseorangan. Menurut Tuk Gajah lagi, rancangan besar-besaran Mat Kilau yang dirancang dahulu hampir gagal kerana Inggeris telah tahu akan rahsia itu. Perancangan untuk membunuh Clifford juga gagal. Sultan diberi amaran terakhir dan dipindahkan ke Pekan semula. Tuk Gajah pula akan mudik Sungai Tembeling dan terus ke Kelantan atau Terengganu berserta dengan Mat Kilau. Seminggu kemudian askar-askar sultan di bawah pimpinan orang lain datang ke Lubuk Terua. Mata-mata Inggeris yang diketui oleh Wise turut serta dalam kumpulan itu. Mereka mencari Datuk Bahaman, tetapi tidak berhasil lalu mereka bertindak membakar semua rumah orang kampung. Orang muda, tua, perempuan, dan kanak-kanak turut ditembak dan dibakar hingga hangus. Datuk Bahaman yang telah meninggalkan Semantan berpatah balik. Beliau dan orang-orangnya telah banyak membunuh mata-mata Inggeris. Kemudian, Datuk Bahaman mudik ke Sungai Tembeling untuk bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thank you Cikgu . Halalkan ilmunya yaa :)
ReplyDeleteJesus bro how long is this mf book i just wanna play arknights
ReplyDeletekepala bapak kau la aku mau baca tu
ReplyDeleteJadi tk payah la baca siot 🗿
Deletei labiu cikgu
ReplyDelete