Showing posts with label Novel BM Tingkatan 2. Show all posts
Showing posts with label Novel BM Tingkatan 2. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN


1)Nilai kerjasama
Pengajaran: Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.

2)Nilai hormat-menghormati
Pengajaran : Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.

3)Nilai keberanian
Pengajaran: Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.

4) Nilai  cinta akan negara
Pengajaran: Kita mestilah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.

5) Nilai patuh akan ajaran agama.
Pengajaran: Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.

LATAR DARAH TITIK DI SEMANTAN


a) Latar Masa

1) Hari Jumaat
Contoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat.

2) Pada waktu pagi
Contoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu.

3)Pada waktu tengah hari
Contoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah bakar.

4)Selepas waktu magrib
Contoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas solat magrib.

5)Musim ikan temberlian

6) Zaman pemerintahan Inggeris


b) Latar Tempat

1) Lubuk Terua

2)Lubuk Sengarat

3)Johor

4)Rumah Pasung Temerloh

5)Kubu


c) Latar Masyarakat

1) Masyarakat golongan penjajah Inggeris

2) Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.

3)Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris

4) Masyarakat yang mementingkan agama

5) Masyarakat yang tinggal di istana

GAYA BAHASA DARAH TITIK DI SEMANTAN



1) Diksi

a) Bahasa istana
Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana.

b) Bahasa klasik
Contoh: Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu.

2) Simile
Contoh: Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam.

3)Personifikasi
Contoh: Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur.

4)Peribahasa
Contoh: Biarlah, Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

5)Sinkope
Contoh: Tak guna kita tunggu di sini.

6)Metafora
Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.

7)Inversi (ayat songsang)
Contoh: Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian.

TEKNIK PLOT DARAH TITIK DI SEMANTAN



1) Teknik pemerian.
>gerak laku Datuk Bahaman selepas sembahyang dan berdoa,
>Contoh: Selepas solat, Datuk Bahaman melangkah ke ruangan mimbar merenung wajah jemaah yang belum pulang.

2)Teknik dialog.
>Dialog Mat Kilau dan Datuk Bahaman
Contoh: "Tapi saya fikir,patut juga Clifford tidak menjemput Datuk ke mesyuarat itu". Kata Mat Kilau kepada Datuk Bahaman.

3)Teknik imbas kembali.
>Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad dan Awang Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap.

4)Teknik imbas muka.
> Awak Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad semasa ketiadaan Rahman.

5)Teknik monolog dalaman.
> Zahid teringat kata-kata Pak Long Abas bahawa dia ternampak perahu pihak Inggeris membawa mata-mata dan papan serta nipah.

6)Teknik kejutan.
> Imam Perang Weh menyerah diri selepas kecewa dengan Datuk Bahaman.

7)Teknik saspens.
>Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan meminta tolong.

PLOT DARAH TITIK DI SEMANTAN



1)Pengenalan
Pembaca diperkenalkan dengan tempat Lubuk Terua, Sungai Semantan.Selain itu,pembaca juga diperkenalakan dengan watak seperti Zahid,Rahman,Samad dan Awang Muhammad.Permulaan cerita  digambarkan watak Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris.

2)Perkembangan
Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua menentang penjajah dan membuat persediaan untuk berperang dengan membuat latihan. Zahid dan rakan-rakannya telah membantu membina kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah.

3)Perumitan
Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua.Mata-mata Inggeris telah membina rumah pasung di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakan membina kubu serta menyediakan bambu runcing untuk menyerang Inggeris. Pada masa yang sama, Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenur Singapura. Kak Minah hampir dirogol oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata Inggeris.Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar bagi menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan.

4)Puncak/Klimaks
Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengishtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman.Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris,mata-mataInggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan.Tuk Selampit menjadi marah kerana Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak Mat Lela,Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman.Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri dan akhirnya mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.

5)Peleraian
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka telah berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan Tahmid menghebahkan berita tersebut. Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahmad pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata Inggeris dan askar sultan yang diketuai Wise datang mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya,Datuk Bahaman telah kembali semula di Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.

WATAK DAN PERWATAKAN DARAH TITIK DI SEMANTAN


1. Zahid
>watak utama dalam novel ini.

>seorang yang pandai menentang musuh.
Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.

>seorang yang patuh kepada ajaran agama.
Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.

>seorang yang berani.
Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.

>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

>seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.

2. Datuk Bahaman
>orang kaya Semantan
>mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
>pembesar negeri.

>seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.
Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.

>seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.
Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan.

>seorang yang berani.
Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.

>seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.
Contoh: Semasa di Johor,Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

>seorang yang berpegang pada janji.
Contoh:Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup menderita dan anaknya mati.

3. Samad
>Rakan kepada Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.
>Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.

>seorang yang berani.
Contoh:Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa.

>seorang yang pandai menyimpan rahsia.
Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar.

>seorang yang bijaksana mengatur strategi.
Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh.

>seorang yang mempunyai semangat kerjasama
Contoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.

4. Mat Lela
>Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
>Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
>Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan

>seorang yang berfikiran terbuka
Contoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran.

>seorang yang berterus-terang.
Contoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat.

5. Lajis
>guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
>Baru berkahwin dengan Kak Minah.
>Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala Semantan.
>seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
>seorang yang taat pada perintah agama.

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN

TEMA
Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.

Contoh:
Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan.


PERSOALAN

1) Kerjasama dalam menghadapi penjajah.
>Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris.
>Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan      Lubuk Terua.

2) Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.
>Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.
>Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang    telah membakar rumah penduduk tempatan.

3)Kesetiaan kepada negara.
>Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah.

4)Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.
>Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan  keberkatan.

5) Kepentingan mendengar arahan ketua.
>Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan  dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada  sultan.

SINOPSIS BAB 12-14 DARAH TITIK DI SEMANTAN



Bab 12: Tipu Helah Inggeris

Keadaan di Semantan tenang dalam dua hingga tiga minggu. Mat Lela menyediakan daftar bertugas pemuda-pemuda bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh menyusun jadual latihan menembak. Tuk Selampit menggerakkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi. Malam itu suatu mesyuarat diadakan di rumah Datuk Bahaman. Keesokan harinya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk Bahaman untuk memberitahu bahawa musuh akan mudik ke Semantan. Beliau meminta semua bersiap sedia. Batu Hampar di bawah jagaan Datuk Panglima Raja. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin akan mengetuai kawalan kubu dekat Pasir Tuk Anjang. Tuk Muda Bidin, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal Lubuk Sengarat. Menurut Datuk Bahaman lagi, Desborough sendiri akan mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada lima puluh orang mata-mata Inggeris. Mereka akan tiba bersama-sama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Pesan Datuk Bahaman lagi, jika askar-askar sultan bercampur gaul dengan mata-mata Inggeris, mereka akan berundur.

Datuk Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman untuk mengikut pasukan Datuk Panglima Raja ke Batu Hampar. Mereka membina kubu sebaik sahaja mereka sampai di sana. Zahid dan Samad yang diarahkan oleh Datuk Panglima Raja untuk pergi mengintai musuh, ternampak akan mata-mata Inggeris yang bersama-sama dengan askar-askar sultan. Apabila mendengarkan perkhabaran itu, Datuk Panglima Raja mengarahkan orang-orangnya berundur ke Lubuk Terua.

Menjelang senja, Desborough tiba di Lubuk Terua. Namun, tidak kelihatan askar-askar sultan di dalam perahunya itu. Sebaik-baik bahagian haluan perahu itu bersetentangan dengan rantai yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu. Perahu Desborough terbalik menyebabkan Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air. Orang-orang Datuk Bahaman menghujani Desborough dan orang-orangnya menggunakan bambu runcing. Tuk Selampit pula menyumpit bertalu-talu menggunakan sumpitannya. Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi.

Akhirnya, Datuk Bahaman mengarahkan Samad untuk memukul tabuh. Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat bertindak menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris. Askar-askar sultan terpinga-pinga, lalu dari hilir semula ke Batu Hampar dan terus ke Kuala Semantan.

Keadaan di Semantan kembali tenang. Mat Kilau datang dari Pulau Tawar membawa berita bahawa Clifford tidak berpuas hati kerana tiada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera. Inggeris menganggap bahawa askar-askar sultan telah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman. Clifford mengugut sultan dengan ugutan akan dibuang daerah ke mana-mana pulau di Lautan Hindi. Rodger sangat marah terhadap Datuk Bahaman dan akan mudik ke Semantan dengan membawa sultan dan Tengku Ali. Jika askar-askar sultan tidak menembak perajurit-perajurit Datuk Bahaman, bererti sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Rodger tahu apa-apa yang perlu dilakukannya kelak. Kini, Datuk Bahaman dalam dilema. Mat Kilau mengusulkan Datuk Bahaman agar berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak.

Bab 13: Sebuah Perjanjian

Berita kedatangan musuh kali ini disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut. Empat hari kemudian Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat. Beliau mengakui apa-apa yang dikatakan oleh Mat Kilau, iaitu Rodger seperahu mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Oleh itu, Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua ke Darat Kelubi. Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang. Tuk Selampit membantah kata-kata Datuk Bahaman. Dia tetap mahu menyumpit orang-orang Inggeris dan mata-mata Inggeris. Datuk Bahaman tetap bertegas bahawa Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan tidak duduk di sebelahnya. Suasana di Lubuk Sengarat petang itu sepi.

 Tiba-tiba Lajis datang memberitahu mereka bahawa musuh sudahpun sampai. Rodger berada ialam perahu yang pertama sekali sampai di Lubuk Sengarat. Dia diapit )leh sultan dan Tengku Ali. Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger etapi dihalang oleh Datuk Bahaman. Akhirnya, perahu-perahu yang nembawa mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan berlalu satu demi ;atu. Tuk Selampit beredar dari situ dalam keadaan marah. Malam itu, Datuk Bahaman dan orang-orangnya berpindah ke darat Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman bersiap-siap hendak berjumpa dengan sultan. Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada nalam itu juga. Menurut Datuk Bahaman, baginda sultan sememangnya nenyokong perjuangan mereka. Namun, baginda sultan berada dalam Mem.. Baginda mahukan perjuangan esoknya menjadi perjuangan yang )enghabisan. Selepas itu Datuk Bahaman dan pengikut-pengikut perlu neletakkan senjata dan menjalani kehidupan seperti biasa. Baginda sultan akan mengampunkan mereka dan menganugerahkan pangkat dan kuasa semula kepada Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian yang dibuat antara ;ultan dengan Datuk Bahaman, askar-askar baginda akan naik ke darat an berpura-pura melakukan peperangan dengan pihak Datuk Bahaman.

Namun sebenarnya, mereka hanya akan menembak ke udara. Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara. Kemudian, lewat tengah iari pihak Datuk Bahaman akan melarikan din. Pihak sultan dan Inggeris tkan bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan mengajak Rodger nenyaksikan kemenangan itu. Bagi memastikan pengikut-pengikutnya faham akan apa-apa yang )akal berlaku, Datuk Bahaman menyuruh Mat Lela pergi ke kubu Datuk ?anglima Raja, Tuk Muda Bidin dan kubu Imam Perang Weh supaya nemberitahu mereka tentang perjanjian itu.

Bab 14: Jatuhnya Lubuk Terua

Dari Pasir Tuk Anjang naik sekumpulan askar sultan ke atas tebing sambil meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman telah memberikan arahan agar tembakan dibuat ke udara sahaja. Pasukan kedua naik ke darat. Diikuti oleh pasukan ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sehingga ke tebing Pasir Tuk Anjang itu dipenuhi oleh askar-askar sultan. Tidak berapa lama kemudian, tembakan pertama dilepaskan oleh askar sultan. Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan. Semua tembakan dihalakan ke udara juga. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan. Seterusnya, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya. Awang Muhammad tidak berjaya diselamatkan. Datuk Panglima Raja menyuruh orang-orangnya mengamuk kerana askar-askar sultan telah mungkir janji. Namun, Datuk Bahaman tidak membenarkan kerana dia berpegang pada janji.

Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin sedar tentang perbalahan antara Datuk Bahaman dengan Datuk Panglima Raja. Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid dan melompat keluar dari kubu. Datuk Panglima Raja tercedera bahu kanannya semasa hendak menghentak peluru dan ubat bedil. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Tetapi nasib mereka begitu malang kerana ketua askar sultan telah menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.

Menjelang waktu zuhur bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Perajurit-perajurit Semantan telah berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Petang itu, sultan dan Tengku Ali telah membawa Rodger ke darat. Rodger mengucapkan tahniah kerana telah menang dan berkata bahawa Datuk Bahaman mungkin telah mati.

Pada suatu petang yang hening, Mat Kilau telah datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman. Dia membawa surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad. Semua yang telah menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid supaya menghebahkan kepada orang ramai bahawa mereka boleh pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus orang askar mudik ke Batu Hampar. Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah keseorangan. Menurut Tuk Gajah lagi, rancangan besar-besaran Mat Kilau yang dirancang dahulu hampir gagal kerana Inggeris telah tahu akan rahsia itu. Perancangan untuk membunuh Clifford juga gagal. Sultan diberi amaran terakhir dan dipindahkan ke Pekan semula. Tuk Gajah pula akan mudik Sungai Tembeling dan terus ke Kelantan atau Terengganu berserta dengan Mat Kilau. Seminggu kemudian askar-askar sultan di bawah pimpinan orang lain datang ke Lubuk Terua. Mata-mata Inggeris yang diketui oleh Wise turut serta dalam kumpulan itu. Mereka mencari Datuk Bahaman, tetapi tidak berhasil lalu mereka bertindak membakar semua rumah orang kampung. Orang muda, tua, perempuan, dan kanak-kanak turut ditembak dan dibakar hingga hangus. Datuk Bahaman yang telah meninggalkan Semantan berpatah balik. Beliau dan orang-orangnya telah banyak membunuh mata-mata Inggeris. Kemudian, Datuk Bahaman mudik ke Sungai Tembeling untuk bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

SINOPSIS BAB 9-11 DARAH TITIK DI SEMANTAN



Bab 9: Ada Ubi Ada Batas

Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu lubuk Sengarat. Buloh runcing sudah siap. Pak Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang. Keris diselir dipinggangnya, berserta senapang yang tersandang di bahunya. Datuk Bahaman tiba dengan seutas rantai besi. Diikatnya rantai itu di pangkal pokok merbau berdarah. Datuk Bahaman memegang rantai besi lalu terjun ke dalam sungai dan berenang ke seberang. Sampai di seberang terus mengikat itu pada pangkal pokok jambu air. Datuk Bahaman berenang balik naik ke darat. Rantai besi itu dijampi. Datuk Bahaman mengarahkan, Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh untuk mengumpulkan orang kampung bagi mengepung rumah pasung.

Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya akan merempuh rumah pasung itu dan membunuh semua mata-mata Inggeris. Zahid dan Samad diarah agar balik makan dahulu dan kembali ke kubu Lubuk Sengarat untuk menanti ketibaan Inggeris.

Berita Desborough mudik dengan lima puluh orang mata-mata Inggeris. Salah sebuah perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan. Dalam perahu itu ada mayat. Bisik Datuk Bahaman, tentu mayat Ismail. Enam buah perahu yang lain sedang berpatah balik untuk menangkap Datuk Bahaman. Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka mesti menangkap Datuk Bahaman dengan hidup-hidup.

Apabila senjata tiba, perahu yang memebawa Desborough sampai ke tempat air berpusing di hilir lubuk. Perahu-perahu yang lain pun sampai. Perahu Desborough cuba bergerak semula. Apabila bahagian tengah perahu itu bersetentangan dengan rantai yang tenggelam dalam air,Datuk Bahaman merentap rantai besi sehingga tegang. Perahu Desborough pun terbalik. Desborough  dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai. Tabuh dibunyikan. Datuk Bahaman memberi perintah untuk menyerang. Berpuluh-puluh buluh runcing bertaburan menghujani tempat air berpusing mengenai sasaran. Beberapa orang Inggeris hilang di olak lubuk. Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya. Dia mengejar musuh-musuh yang berpaut pada perahu yang terlingkup. Kira-kira sejam kemudian, keadaan kembali tenang. Orang-orang Datuk Bahaman pun pulang ke kubu mereka.

Pada malamnya, di rumah Datuk Bahaman Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan yang besar. Semua mata-mata Inggeris di rumah pasung tewas kecuali seorang dua yang dapat melarikan diri. Senjata-senjata dan ubat bedil kini dalam kawalan mereka. Pada malam itu juga suatu rnesyuarat penting diadakan di rumah Datuk Bahaman.

Bab 10: Inggeris Mesti Dikalahkan

Mesyuarat malam itu berbeza daripada mesyuarat yang lalu. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh membawa sebanyak lima hingga enam puluh orang di rumah pasung itu untuk menyerang Bentong pada malam itu juga. Rahman dan Hassan Tahmid berkawal di Lubuk Terua, untuk kuatkan semangat orang-orang di situ.

Perang sudah bermula. Pesanan juga disampaikan kepada Tuk Selampi dan Batin Orang Asli di hutan. Mereka juga perlu untuk bersarna-sama berjuang. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat hingga lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh dan dijangka sampai pada malam itu juga untuk menyelamatkan mayat Ismail. Zahid, Awang Muhammad, dan Samad pula akan mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan.

Selepas selesai mesyuarat, semua orang pun beredar. Zahid, Samad Awang Muhammad dan Lajis mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan. Mereka tiba di Kuala Semantan sebelum subuh. Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung. Dia berhenti kira-kira tiga puluh depa daripada rumah pasung itu, lalu membaca sesuatu. Kemudian, dua orang mata-mata yang berkawal di situ terlentok tidur. Mayat Ismail kemudian dibawa ke perahu. Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan mengebumikan mayat Ismail keesokan harinya. Datuk Bahaman dan orang-orangnya kemudian bergerak ke rumah pasung. Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam. Semua mata-mata Inggeris telah dibunuh. Senapang dan peluru telah dirampas. Mereka kemudian naik perahu menyeberang Sungai Semantan dan terus ke tanjung dan berehat di situ. Datuk Bahaman mengarahkan orang-orangnya agar jangan tidur berbaris bagi mengelakkan diri daripada dipukau.

Bab 11: Desborough Datang Lagi

Pasukan yang diketuai oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raha semuanya terdiri daripada orang-orang muda yang tahan lasak.Pasukan ini ditugaskan untuk meronda di luar kawasan bandar Kuala Semantan. Semasa meronda itu mereka terdengar dari sebuah bukit bunyi orang bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Ada lima orang Inggeris yang sedang memasak roti di dalam hutan itu. Tiba-tiba pemudi yang membawa senapang kopak dari pasukan mereka telah menembak mata-mata Inggeris itu. Pada malam itu mereka tidak tidur di tanjung tempat mereka hermalam pada malam sebelumnya.

Keesokan harinya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan Zahid, Awang Muhammad, Samad, dan lima orang lagi untuk meminjam sebiji kawah, lima puluh biji mangkuk dan sepuluh biji kelapa parut serta gula kabung. Beberapa pemuda yang lain diarahkan pergi mencari ubi gadung di hutan. Mercka hendak membuat bubur ubi gadung. Bubur itu diisikan ke dalam mangkuk dan dihidangkan di atas tikar yang terbentang di tempat lapang itu. Kemudian, Datuk Panglima Raja mengarahkan mereka bersembunyi. Tidak lama kemudian datang empat puluh orang mata-mata Ingeris dan dua orang Inggeris. Mata-mata Inggeris itu berebut-rebut memakan bubur ubi gadung itu. Walau bagaimanapun, dua orang Inggeris itu tidak menjamah bubur itu termasuklah Desborough. Mata-mata Inggeris itu mula mabuk. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai.

 Akhirnya, semua mata-mata Inggeris itu hilang dibawa arus. Dua orang Inggeris itu melarikan diri. Setelah lima hari di Kuala Semantan, mereka bertemu semula dengan kumpulan Datuk Bahaman. Mereka balik ke Lubuk Terua. Rahman dan Hassan Tahmid telah mendapatkan nama beratus-ratus orang yang mahu berjuang menentang Inggeris.Tugas mereka belum selesai kerana Desborough dan Owen masih belum mati.

SINOPSIS BAB 6-8 DARAH TITIK DI SEMANTAN

SINOPSIS BAB 6-8 DARAH TITIK DI SEMANTAN

 Bab 6
 Kedatangan Mat Kilau Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan Samad beredar ke pekarangan masjid. Zahid ternampak ada orang asing yang datang. Orang itu ialah Mat Kilau. Mat Kilau bersalaman dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford,sultan dan orang -orang besar di Pulau Tawar. Banyak perkara tentang Datuk Bahaman dibincangkan dalam mesyuarat itu. Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan kerjasama kepadanya sewaktu dia membina rumah pasung. Owen pula berkata Datuk Bahaman menghalang orangnya membuat bancian. Rodger pula mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada Residen Selangor meminta Semantan ini di masukkan di bawah pemerintahan Selangor. Perkara paling menyedihkan apabila Clifford meminta sultan menitahkan Datuk Bahaman telah menderhaka.Jika sultan tidak mahu mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka,Inggeris menganggap bahawa sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Sultan boleh dibuang daerah ke lautan hindi. Sultan terpaksa bersetuju lalu menandatangani perisytiharan itu yang berbunyi Datuk Bahaman telah derhaka. Oleh itu segala gelaran datuk yang telah dianugerahi sultan telah ditarik semula.Datuk Bahaman tidak berkuasa lagi di Semantan. Datuk Bahaman memberitahu orang di Semantan bahawa pangkat tidak penting baginya. Inggeris telah mencabarnya. Inggeris telah memisahkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu. Dengan demikian senang mereka mengalahkan bangsa Melayu. Menurut Datuk Bahaman lagi,semasa di Johor dahulu Gaabenor Singapura telah menawarkan wang berjumlah 500 ringgit sebulan kepadanya jika beliau tidak memihak kepada rakyat.Namun Datuk Bahaman menolak.

Bab 7
Retak Menanti Belah Zahid dan Awang Muhammad mengawal di kubu Lubuk Sengarat. Rahman membantu Pak Cik Hassan Tahmid di rumah Datuk Bahaman kemudian datang Imam Perang Weh bersama Datuk Panglima Raja. Lajis pula tiba membawa berita bahawa Ismail, Pak Long Abas dan Samad ditangkap Desborough dekat Batu Hampar. Datuk Bahaman mengajak mereka ke hilir Kuala Semantan untuk membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long Abas, dan Samad. Mereka tiba di Kuala Semantan lewat tengah malam. Datuk Bahaman membacakan sesuatu. Dua orang pengawal yang sedang berkawal tertidur lena. Pak Uda Ismail,Pak Long Abas, dan Samad berjaya diselamatkan. Perang sebenar semakin hampir kata Datuk Bahaman. Inggeris pasti akan datang dalam tempoh yang singkat untuk menangkapnya. Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman berpendapat bahawa peperangan perlu dielakkab buat masa itu. Datuk Bahaman juga menyampaikan titah sultan yang berharap agar barisan mereka sangat kuat sebelum berperang.

 Bab 8
 Darah Titik di Semantan Tengah hari itu, Rahman dan Awang Muhammad sedang mengawal kubu. Zahid dan Samad meronda di hujung kampung. Kamudian mereka ke bengkel membuat senapang. Setelah wang dihantar,barulah besi laras senapang akan dihantar daripada Singapura. Tiba-tiba Long Abas berlari menuju ke sebelah hulu dengan pakaian basah kuyup.Kelihatan Pak Long Abas terlentang di tangga rumah Datuk Bahaman.Samad mengejar ayahnya. Mereka berlari ke arah rumah Datuk Bahaman. Pak Long Abas tersedar setelah Datuk Bahaman memercikkan air sejuk ke mukanya. Pak Long Abas menceritakan kejadian pagi tadi apabila rakit mereka ditahan oleh Desborough. Desborough kenal Pak Long Abas kerana dia pernah ditangkap suatu ketika dahulu oleh Desborough. Desborough menyatakan bahawa Datuk Bahaman mesti ditangkap. Selepas itu,Pak Long Abas terjun ke dalam air dan terus menyelam untuk menyelamatkar diri. Dia tidak mengetahui tentang nasib Ismail. Desborough tetap mengatakan Datuk Bahaman derhaka kerana tidak mahu mengikut perintah Inggeris. Kini, Datuk Bahaman tidak peduli lagi kepada siapa-siapa. Datuk Bahaman akan menentang Inggeris. Kata Datuk Bahaman, sekiranya benar Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan. Kali ini giliran darah Desborough pula menitik. Datuk Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk menentang Inggeris.

SINOPSIS BAB 1-5 DARAH TITIK DI SEMANTAN

SINOPSIS BAB 1-5 DARAH TITIK DI SEMANTAN

 Bab 1
Cemas Tengah hari itu, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berjalan ke Masjid Lubuk Terua. Mereka melalui kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Mereka berempat tidak berbual dan hanya melayani perasaan masing-masing. Zahid terkenang akan Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan yang telah banyak berubah sejak pulang dari Pulau Tawar. Dahulu, setiap malam selepas menyelia Mat Lela dan Datuk Panglima Raja Awang Ishak mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang tetapi sekarang tidak lagi. Tiba-tiba, Samad bertanya kepada anak bongsu Datuk Bahaman, Awang Muhammad tentang perubahan sikap Datuk Bahaman. Awang Muhammad hanya menggelengkan kepalanya. Antara mereka berempat, Rahmanlah yang lebih mengerti tentang hati dan budi Datuk Bahaman kerana Rahman bekerja dengan Datuk Bahaman sebagai jurutulis pelatih. Menurut Rahman, Datuk Bahaman memikirkan perjanjian antara Inggeris dengan raja. Dalam perjanjian itu, banyak perkara yang dirunding dan diputuskan tidak dimasukkan. Hal ini menyebabkan Datuk Bahaman marah kepada Inggeris. Setibanya mereka di simpang jalan ke tebing sungai, mereka terjumpa dengan Mat Lela. Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual tentang ketamakan Inggeris kerana mereka memunggah emas dan bijih timah dari negeri itu ke negeri mereka serta memungut cukai dan memeras rakyat tempatan. Perbualan mereka terhenti setelah tiba di halaman masjid. Zahid dan rakan-rakannya masuk dan duduk di bahagian tengah masjid sementara Mat Lela ke bahagian depan dan duduk di sebelah Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Kelihatan juga Imam Perang Weh yang duduk bersebelahan dengan Datuk Bahaman. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman menyampaikan nasihatnya kepada para jemaah supaya bangkit menentang Inggeris. Datuk Bahaman menyeru rakyatnya agar menentang Inggeris setelah dada penuh dengan ilmu dan kepandaian. Oleh itu, Datuk Bahaman meminta rakyatnya meningkatkan latihan dan ajaran agama. Zahid dan rakan-rakannya bercadang untuk membina kubu di pangkal (Merbau Berdarah' di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka berbincang tentang perancangan mereka membina kubu itu, Mak Long Esah, ibu Samad tiba dalam keadaan tergesa-gesa untuk memaklumkan bahawa Inggeris sudah sampai di Lubuk Terua. Berita kedatangan Inggeris ke Lubuk Terua merebak ke seluruh tempat. Penduduk-penduduk kampung bersiap sedia dengan keris mereka dan menunggu perintah daripada Datuk Bahaman.

 Bab 2
Lubuk Terua Tergugat Darah Zahid berderau apabila melihat empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah tertambat di tebing sungai bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Setelah mendapati ibu dan ayahnya sudah ke sawah, Zahid ke rumah Samad. Kemudian, mereka ke rumah Rahman tetapi Rahman telah keluar lebih awal ke rumah Datuk Bahaman. Seterusnya, mereka ke rumah Awang Muhammad. Tujuan mereka berjumpa adalah untuk berbincang tentang kerja-kerja menggali kubu di Lubuk Sengarat. Selepas itu, mereka bergerak ke rumah Datuk Bahaman. Dalam perjalanan ke rumah Datuk Bahaman, mereka terserempak dengan Pak Long Abas dan Datuk Panglima Raja yang menghala ke rumah Datuk Bahaman. Sebaik sahaja Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas tiba, Datuk Bahaman keluar ke serambi rumahnya. Datuk Panglima Raja melepaskan kemarahannya terhadap tindakan Inggeris menceroboh Semantan dan menggunakan kawasan dusun duriannya sebagai tempat mereka bertapak kepada Datuk Bahaman. Pak Long Abas memohon kebenaran Datuk Bahaman supaya membenarkannya dan rakan-rakannya mengamuk di Semantan. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman menyabarkan mereka kerana persiapan mereka untuk menyerang Inggeris belum lagi cukup. Bagi Datuk Bahaman, tiada gunanya berperang kalau untuk kalah. Datuk Bahaman menyatakan bahawa dia berasa terhina kerana Syres tidak menemuinya sebelum menggali kubu dan membina rumah pasung di kawasannya. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman memberitahu pengikutnya bahawa Inggeris tetap akan ditentang setelah menghadap sultan. Setelah mendengar kata-kata Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas berjanji akan terus menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman juga memuji Zahid dan rakan-rakannya kerana tindakan mereka hendak membina kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Selain itu, Datuk Bahaman juga meminta mereka berempat menyiapkan bambu runcing untuk digunakan dalam peperangan nanti. Dalam perjalanan ke Lubuk Sengarat, Zahid dan rakan-rakannya mengikut jalan di tepi tebing sungai dan mereka dapat melihat di seberang sungai, mata-mata Inggeris sedang sibuk menggali kubu panjang di atas tebing yang menghadap ke rumah Datuk Bahaman.

 Bab 3
Mencari Penyelesaian Rahman mengikut ayahnya, Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja ke Johor. Zahid tertanya-tanya akan sebab mereka ke Johor. Menurut Samad, mungkin mereka ke sana untuk mengadukan hal Inggeris yang mendesak raja menurunkan tandatangan pada perjanjian tersebut. Zahid pula mengagak Datuk Bahaman ke Johor kerana hendak membeli senapang kopak dan peluru yang banyak dijual di pasar gelap di Singapura. Samad mengusulkan cara berkawal semasa ketiadaan Rahman. Zahid dan Awang Muhammad bersetuju dengan cadangan Samad supaya mereka bertiga keluar meronda bersama-sama. Zahid menyangkal kata-kata Samad bahawa pokok merbau berdarah ada penunggu. Zahid berpendapat bahawa hantu itu ada di dalam hati dan haruslah ditentang supaya tidak dipengaruhi perasaan malas, hasad dengki, dan besar diri. Tiba-tiba, Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad keluar meronda ke Mempatih. Mereka ingin melihat persiapan budak-budak sebaya dengan mereka di sana. Setelah sampai di belukar di dusun durian di Mempatih, mereka melihat Rahmad dan kawan-kawannya sedang bermain sembunyi-sembunyi. Rahmad mengajak Zahid dan rakan-rakannya bermain bersama-sama. Zahid berkata kepada Rahmad bahawa sekarang bukan masa untuk bermain-main sebaliknya berlatih untuk bermain senjata atau membaling bambu runcing kerana peperangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Semasa berada di kubu, Zahid dan rakan-rakannya melihat dua buah perahu yang dikayuh oleh empat orang Melayu. Perahu pertama membawa seorang Inggeris dan tiga orang mata-mata Inggeris. Perahu kedua pula membawa empat orang mata-mata Inggeris. Awang Muhammad menghalang Samad supaya tidak menyerang mereka kerana ayahnya tidak berada di Semantan ketika itu. Zahid dan rakan-rakannya pergi ke rumah Tuk Muda Bidin untuk melaporkan peristiwa tersebut. Setelah mendengar berita itu, Tuk Muda Bidin menukar pakaian dan menuju ke sebelah hulu. Mat Lela mengatakan bahawa orang Inggeris itu mungkin Owen yang datang untuk membanci penduduk di situ atau hendak menakut-nakutkan mereka.

 Bab 4
Budi Kedapatan Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad ke Mempatih. Semasa tiba di kawasan dusun durian, Zahid dan Samad terkejut apabila melihat kawasan semak di dusun itu bertukar menjadi padang kecil. Kehairanan mereka terjawab apabila Rahmad mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan menjadikan kawasan itu sebagai tempat untuk latihan membaling bambu runcing. Rahmad juga menerangkan bahawa mereka juga belajar silat dengan Abang Lajis. Zahid memuji tindakan Rahmad dan rakan-rakannya. Zahid, Samad, dan Awang Muhammad hendak meneruskan rondaan mereka ke sebelah hilir, tetapi diingatkan oleh Rahmad tentang kehadiran dua orang pemuda Melayu yang tidak dikenali. Semasa tiba di hujung kampung dan berdekatan dengan rumah Lajis, Zahid dan rakan-rakannya mendengar suara perempuan meminta tolong. Zahid melihat dua orang pemuda sedang mengepung Kak Minah, iaitu isteri Lajis. Zahid, Samad, dan Awang Muhammad bergelut dengan dua orang pemuda itu. Tiba-tiba, muncul Datuk Bahaman, Rahman, dan Datuk Panglima Raja di situ. Datuk Bahaman menyoal dua orang pemuda itu. Kedua-dua orang pemuda itu mengatakan bahawa mereka ke Lubuk Terua untuk membuat bancian atas arahan Owen. Datuk Bahaman menghalau kedua-dua orang pemuda itu dari situ. Sebelum itu, Datuk Bahaman mengingatkan mereka supaya tidak menjadi pengkhianat bangsa sendiri. Setelah kedua-dua orang pemuda itu pergi, mereka dipeluk oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Awang Muhammad bertanya kepada ayahnya tentang hasil perjumpaan ayahnya dengan Gabenor Singapura. Menurut Datuk Bahaman, Gabenor Singapura hanya mengakui apa-apa yang ditulis dalam perjanjian sahaja dan hakikatnya mereka tidak berpegang pada janji kerana banyak perkara yang dipersetujui tidak dinyatakan dalam perjanjian. Tidak lama kemudian, Lajis dan Rahmad tiba. Setelah mendengar cerita daripada Samad tentang kejadian yang menimpa isterinya, dia naik angin dan bersumpah akan menentang Inggeris. 

Bab 5
Inggeris Mencabar Lagi Samad tertanya-tanya akan kedatangan Syres ke Lubuk Terua. Samad berpendapat bahawa terdapat dalam kalangan orang Semantan yang menjadi hantu Inggeris dengan melaporkan kegiatan anak-anak muda di situ kepada Inggeris Lajis datang ke kubu Zahid untuk mengucapkan terima kasih kepada Zahid dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan isterinya. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa peristiwa tempoh hari telah menyedarkan dia untuk bangkit menentang Inggeris. Lajis telah bermuafakat dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel untuk membuat bedil. Menurut Lajis, Datuk Bahaman juga memberikan jaminan bahawa beliau telah berjumpa dengan seorang saudagar Melayu yang sanggup membekalkan besi untuk dibuat laras bedil. Datuk Bahaman telah menyuruh ayah Samad, iaitu Pak Long Abas mencari rotan yang akan dijual dan hasil jualannya akan diberikan kepada saudagar Melayu itu. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman meminta dia menjadi pengintip di Kuala Semantan. Dia dan Rahmad akan menjadi pekerja kedai kopi di pekan itu. Segala gerakan pihak Inggeris akan dimaklumkan kepada Datuk Bahaman. Sebelum pulang, Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman mahu semua orang berkumpul di masjid pada malam itu untuk bacaan surah Yasin.

NOVEL TINGKATAN 2 DARAH TITIK DI SEMANTAN: SINOPSIS UMUM


Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Datuk Bahaman  merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua.

Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger.  Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford.

          Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain  itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.

Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah diambil.

Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame bangsa sendiri.  Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir  Batu Hampar semula.

Datuk Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka.

Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.

Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang janji. Datuk Panglima Raja menembak  ke arah askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.

Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawanLubuk Terua semula.

Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung.  Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.