Showing posts with label Novel BM Tingkatan 3. Show all posts
Showing posts with label Novel BM Tingkatan 3. Show all posts

Friday, September 6, 2019

Monday, September 2, 2019

TEKNIK PLOT NOVEL HEMPASAN OMBAK


Teknik

1. Pemerian
Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida.
Contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76)
Pengarang menceritakan desar-desus punca kematian ayah Farid
Contoh: Farid cuba menutup telingan daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya. (hlm.15)

2. Dialog
Perbualan antara Farid dan Mokhsin.
Contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsin bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan.
“Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63)

Perbualan antara Zuraida dan Farid
Contoh: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
“ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana. (hlm.81)

3.Imbas kembali
Lotfi teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat.
Contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, ... (hal. 34)

4. Monolog
Farid bercakap seorang diri.
Contoh:"Pengorbanan….. ." Farid separuh berbisik. (hal. 73)

5. Monolog dalaman
  Hati Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan.
Contoh:Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, ...' detik hati Nik, penjaga stor itu. (hal. 146)

6. Imbas muka
Farid membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara bersama-sama suatu masa nanti.
Contoh:Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap. (hal. 145)

7. Saspens
Pembaca tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan Farid.
Contoh:"Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69)

8. Kejutan
Pembaca terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh bangsal batik tempatnya berkhidmat.
Contoh:Tolong keluar bang. Keluar! " Hartini mula bertegas. (hal. 175)

PLOT NOVEL HEMPASAN OMBAK



Binaan Plot

Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa sepeti tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Farid berasa resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan perniagaan itu. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat perniagaan keluarganya banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang pengurusan syarikat keluarganya itu. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana kemahiran dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayahnya.

Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun, Farid berpendapat bahawa kematian ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan tuhan. Dia  sendiri tahu bahawa ayahnya menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi amanah kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih lagi abangnya, Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan perniagaan keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid bertanggungjawab meninjau ke bangsal para pekerjanya Lankanankan proses mencanting batik. Farid berasa risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik semakin berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan melambak di pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang syarikat itu kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat batik itu seperti memperbesar bangsal  dan menghasilkan batik moden.Mokhsein dan Hartini memainkan peranan yang penting dalam penghasilan batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini, batik bercorak moden berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.

Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap Farid dan dia juga telah mendesak Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bangsal batik Farid dan dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood.

Puncak
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal batik moden. Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Peleraian
Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf kepada Farid atas perbuatan pakcik itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.

LATAR TEMPAT,LATAR MASA,LATAR MASYARAKAT NOVEL HEMPASAN OMBAK



Latar Tempat

Contoh
1.   Rumah Farid
Tempat Farid makan malam bersama keluarganya.

2.   Pejabat Farid
Tempat Farid dan pekerjanya mengadakan mesyuarat pertama.
Tempat Farid bekerja sebagai pengurus di syarikat milik keluarganya

3.   Firma Nadi Zaman
Tempat Farid bertemu Mokhsein bagi meminta nasihat dan tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.

4.   Bazaar Mara Jalan Bonggol
Tempat Zuraida berniaga pakaian.

5.   Kampung Tanjung
Rumah Zuraida

6.   Balai Polis Daerah Kuala Terengganu
Tempat Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal moden milik syarikatnya.

7.   Mahkamah Rendah Kuala Terengganu
Tempat Mukhtar dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes kesalahan membakar bangsal moden Farid.

8.   UITM ( Universiti Teknologi Mara)
Tempat Zuraida menyambung pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan


Latar Masa

Contoh
1.   Pagi Sabtu
Farid berkunjung ke kedai Zuraida

2.   2.00 pagi
Bangsal moden Syarikat Batik Nusantara terbakar

3.   15 minit
Bunyi letupan kedengaran dan orang kampung tersedar akan kebakaran bangsal tersebut.

4.   Tiga hari
Selepas tiga hari berlakunya peristiwa kebakaran itu, Mokhsein mengunjungi Farid di pejabatnya.

5.   9.00 pagi
Mesyuarat kali pertama diadakan oleh Farid dan pekerjanya.

6.   Sebulan
Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid.

7.   Akhir tahun 60-an
Syarikat Batik Nusantara ditubuhkan

8.   Waktu Malam
Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama.


Latar Masyarakat

Contoh
1.   Masyarakat peniaga
Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang terlibat dalam perniagaan batik.

2.   Masyarakat yang gigih berusaha
Farid berusaha dengan gigih untuk mebangunkan syrikat batik warisan milik keluarganya.

3.   Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Moksein menyarankan agar Farid mengikuti kursus – kursus dalam perniagaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan syarikat.
Zuraidah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun walaupun dia sudah memiliki kedai.

4.   Masyarakat hidup saling membantu
Mokhsein dan Zuraida sering membantu Farid dalam urusan perniagaan seperti memberikan cadangan yang membina.

5.   Masyarakat yang sanggup berkorban
Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang-barang kemas miliknya untuk dijadikan modal dalam membangunkan perusahaan batik yang diwarisi anaknya.

6.   Masyarakat yang dengki
Mukhtar yang dengki kepada Farid sanggup sabotaj perusahaan Farid agar dapat menyingkirkan pesaingnya di dalam pasaran batik.

7.   Masyarakat yang kreatif dan inovatif
Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan corak batik dan mempelbagaikan kegunaan batik sebagai pakaian, perabot dan penghias dinding.

NILAI, PENGAJARAN & CONTOH NOVEL HEMPASAN OMBAK




1. Ketabahan
Kita hendaklah tabah menghadapi  pelbagai rintangan dan dugaan hidup
Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Perusahaan Batik Nusantara

2. Bertanggungjawab
Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi.
Masri bertanggungjawab menyelamatkan Azmi daripada serangan Mahmood.

3. Kasih sayang
Kita mestilah menyanyangi setiap anggota ahli keluarga kita
Hajah Zaoyah sangat sayang akan keluarga dan warisan perniagaan milik perniaagaan suaminya.

4. Tolong - menolong
Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong demi kebaikan semua pihak.
Mokhsein membantu Farid mencari ajen di Singapura dan Kuala Lumpur.

5. Bekerjasama
Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan tugas bagi membangunkan sesebuah syarikat.
Keluarga Farid dan pekerjanya bekerjasama menyumbangkan idea bagi memajukan perniagaan batik tersebut.

6. Kejujuran
Kita hendaklah jujur dalam persahabatan
Zuraidah memberitahu Farid bahawa dia terpaksa berhenti menjual batik syarikat Farid kerana bimbang ugutan pak ciknya

7. Kerajinan
Kita hendahlah bersikap rajin dalam melaksanakan tugasan
Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL HEMPASAN OMBAK



TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1) Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya.

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara.

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.

5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.










Sinopsis Bab Novel Hempasan Ombak




Sinopsis BAB 1

Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukan yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik ayahnya yang kian malap dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah Zaoyah (56tahun) yang menanggung beban itu, abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya Hanisyah (15tahun) dan Hisyam(tahun) sangat mentah. Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah  merupakan kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

Sinopsis BAB 2
Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Kata doktor ayahnya mengalami barah dalam perut ( Hypertension). Walaupun ada yang menyatakan ayahnya disantau. Farid terima takdir Allah. Farid menyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam  perniagaan . Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik), menurut Pak Nik kuato pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang. Manakala batik keluaran mereka kurang laris dipasaran. Pak Nik menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi.

Sinopsis BAB 3
Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyan makan malam bersama. Mereka bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Ibu dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya . Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya. Ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.

Sinopsis BAB 4
Farid pagi-pagi  lagi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan saiz tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak muda mempunyai keazaman yang tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang menjual mi. Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dengan industri batiknya.Dalam mesyuarat Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping promosi efektif. Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan asset kurang produktif hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.

Sinopsis BAB 5
Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan encik Mokhsein. Farid mendapat layanan yang baik daripada encik Mokhsein yang suka merendah diri dan gaya hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid , anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh. Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang melayu kursusunya dalam DEB. Encik Mokhsein berterus-terang Haji Badrul banyak mengajarnya selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik Nusantara milik keluarga Farid. Pendapat encik Mokhsein sama dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain akan kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi pesaingan perusahaan batik yang lain dan kejam, encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik untuk Farid lakukan.

Sinopsis BAB 6
Zuraida terkejut kedatangan Farid ke kedainya. Farid kagum dengan kegigihan Zuraida setelah sepuluh tahun mengusahaan perniagaan, rakan sekelasnya sejak tingkatan satu membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan stesen bas lama. Ketika zaman persekolahan Zuraidah mencuri-curi untuk belajar ketika membantu ibunya berniaga di kedainya sementara menunggu pelanggan datang membeli. Zuraida tetap merendah diri dan mengatakan perniagaannya kecil di kaki lima tidak sehebat perusahaan Farid. Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodalkan petua ibunya supaya sabar dan manis muka melayan pelanggan.  Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus , dia tetap berbual-bual dengan Farid. Farid telah balik ke pejabatnya dan bercerita dengan Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan encik Mokhsein dan hari ini dengan Zuraida. Bagi Farid , dia kagum dengan Zuraida dan encik Mokhsein  merupakan usahawaan yang gigih dan perlu dicontohi.

Sinopsis BAB 7
Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail, seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, bahawa dia tidak menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah Berjaya menjadi taukeh besar. Farid merendah diri sambil mengatakan dia menghadapi krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa mengharapkan balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual dikedainya. Farid menceritakan syarikatnya tidak dapat pusing modal kerana ada ejen yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran luas, mampu bersaing dan menenuhi cita rasa pelanggan terkini. Zuraida  memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird supaya melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat Malaysia. Selesai makan dan menuju ke kedai Zuraida, farid merasakan hatinya ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.

Sinopsis BAB 8
Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang agak moden . zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan encik Mokhsein bagi memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang dengan encik Mokhsein petang itu, encik Mokhsein telah memuji Farid kerana contoh usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan melayu muflis ekoran majalah-majalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju projek “ Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut encik Mokhsein, Farid masih muda walaupun lepasan SPM tetapi berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.  Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, encik Mokhsein kerap bertanyakan perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik tradisi Cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.

Sinopsis BAB 9
Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran tertegaknya bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya , Harini Noor, graduan seni reka fabric lepasan UITM kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah adademik seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasan cemburu Zuraida dan dia meninggalkan majlis. Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang  pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung) serta pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak lupa janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.

Sinopsis BAB 10
Zuraida terkejut bila farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi. Dia tidak menyangka Farida da masa berjumpa dengannya walaupun ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida. Akhirnya Farid menjelaskan Hartini Noor bekerja secara kontrak sebulan sahaja dan dia telah bertunang sertanya umurnya 25tahun menyebabkan Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor telah Berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleeh Hartini sangat halus. Farid mengajak  Zuraida mengelilingi Semanjung sebagai strategi  promosi dan yakin dengan sifat semula jadi keperempuannya. Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Namun Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona malah upahpun dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.

Sinopsis BAB 11
Mukhtar marah jualan batiknya merosot walaupun komisen diberi 35%. Dia puas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu batik keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku kerana batik moden kini menambat hati pengguna. Mokhtar mengganggap farid, budak mentah tidak mampu berbuat apa-apa meyelesaikan masalah syarikat awrah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida mula terpikir, mungkin Mukhtar dalang kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula telah mendapat surat layang. Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana menyedari ugutan  tersebut kerana cemburu dengan bengkel baharrunya berupaya menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya berazam melaporkan surat layang kepada pihak polis.

Sinopsis BAB 12
Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid kerana ada orangg mengugut gerainya akan dirobohkan sekiranya menjual batik moden syarikat Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu  Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang. Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas olrh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang ingin melaporkan kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan aduan kekacauan tersebut.

Sinopsis BAB 13
Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya yang dibinanya tidak sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka . Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bengsal batik mode nada kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid menerima takdir tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga Farid dan bersempati. Inspector Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.

Sinopsis BAB 14
Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah tiga samseng membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari kemudian, encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura . Menurut encik Mokhsein punca segalanya berlaku kerana sifat hasat denggi, dia juga menerima ugutan sejak berbaik dengan Farid. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, encik Mokhsein merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukkan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan encik Mokhsein , Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran  perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa  Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik  dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran dahulu.