Sunday, September 1, 2019

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments:

Post a Comment