بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ
الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul
kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami
dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah
mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka
jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa
nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan
kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan
Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan
usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang
cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek
akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya
Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami
rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri
kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
Ya Allah Antalghaniyyu wa
nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu
pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan
kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي
الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment