DOA SEMPENA MESYUARAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin
merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan
kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun
,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua
usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang
bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara
bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba
Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah
Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan ,
kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki
yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di
dunia, pun jua di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ
فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ
مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي
الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul
kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam
seluruh hidup kami.
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan
lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan
usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan
terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia bahkan di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin
,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah
hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga
ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal
Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu
pengetahuan dan berkatilah ilmu yamg kau kurniakan itu. Hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي
الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment